Wednesday 22 May 2013

Berniaga

Assalamualaikum..

Hi si cantik semua! Dah lama sangat2 rasanya saya tak update blog ni. Sunyi sepi macam mommy jugak. Haha. Saya masih sama, masih pengguna  tegar produk Nuskin, masih promote produk Nuskin. Walaupun blog ni kadang2 macam on and off. Maaf ye..:)

Kali ni saya nak berkongsi cerita pulak, off sekejap tentang kecantikan dan produk, boleh gitu? Bukan apa, sedang dalam mood nak berbisnes. saya memang minat nak berniaga, sejak zaman di universiti hinggalah kini. dan saya selalu tertarik dengan macam2 bisnes MLM. Yang tempatan atau luar negara, saya suka mencuba walaupun masa tu duit tak berapa nak ada. Sanggup berlapar dan ke hulu ke hilir nak cari prospek baru untuk bisnes saya masa tu. Ketuk pintu ke pintu hampir setiap blog kediaman pelajar dengan berjalan kaki untuk jual tiket masuk ke promo talk (masa ni masih lurus bendul sanggup bayar RM10 tiap2 kali nak dengar upline bercakap walhal tiap2 minggu cakap benda yang sama je).

Dalam bulan pertama tu dapatlah 10 orang downline dan dibayar RM1000 oleh syarikat. Punyalah gembira masa tu tak fikir berapa untung sebenar. Tapi bila masuk bulan2 seterusnya, upline mula tunjuk taring. diugut2, digertak2 supaya cepat2 tambah downline membuatkan saya bosan dan meninggalkan bisnes tersebut.  Pada saya mereka itu tak ikhlas, bukan nak membantu tapi cuma mahu untung dari pelajar macam saya. Kemudian saya jual kerongsang pulak. Saya buat flyers kecil2 kemudian selit bawah pintu setiap tingkat di blok kediaman tempat saya tinggal. Ada juga sambutan, ramai jugaklah yang membeli. Saya memang seronok walaupun untung tak seberapa.

Tamat pengajian walaupun saya cepat dapat kerja saya tetap berminat dengan bisnes. Mungkin sebab saya kurang suka buat benda yang sama setiap hari. Kalau boleh setiap hari saya mahukan kelainan, cuma dengan berniaga hari2 kita akan lalui perkara yang berbeza. Disebabkan saya masih belum ada modal, saya teruskan bekerja. Saya mungkin minat berniaga tapi saya merasakan keberanian masih belum cukup untuk mengorak langkah. Saya banyak berteka-teki dengan diri sendiri, masa pun terbuang. Umur pun meningkat.

Saya akui saya mempunyai kerjaya yang sangat baik sebelum menjadi full time mommy. Bila saya ambil keputusan berhenti kerja secara tiba2 ramai yang kesal malah lebih kecewa padahal saya yang pilih jalan begitu. Ada masanya saya rindu saat2 bekerja, rindu menjadi PTD, ataupun masa2 saya sibuk di production line dulu. Namun sekarang saya bahagia. Sangat2 bahagia. Kalau dulu saya memang tidak menjaga kesihatan dan kecantikan diri, sekarang memang lain. Saya mula menitik beratkan kecantikan, saya mahu jadi lebih sihat. Pada masa yang sama saya mahu menjadi businesswoman yang berjaya, bersama suami saya. Nuskin adalah platform yang membenarkan saya berkongsi perniagaan ini dengan suami di bawah akaun yang sama. Kemana suami pergi saya akan turut serta. Kami menggunakan produk yang sama, tapi masing2 ada network tersendiri. Jadi secara tak langsung rangkaiannya menjadi lebih luas.

Saat ini langkah masih panjang. Semangat masih ada, walaupun pelbagai halangan melanda. Saya yakin dengan rezeki Allah dan takkan mahu berputus asa. Saya yakin dengan Nuskin sesuatu akan tercipta untuk saya. In Sha Allah!

Sampai bertemu lagi.