Thursday 14 November 2013

Tips: minum 3 liter air masak sehari

Assalamualaikum....

Hi semua.Mommy Sofia is back! Hehe. Lama betul tak update blog tentang beauty ni. Banyak tips nak share, tp elok satu persatu la nanti. 

Apapun, saya nak share satu common tips tentang kecantikan iaitu: MINUM BANYAK AIR MASAK. Dulu lagi masa saya masih bersekolah menengah saya dah baca tentang tip yang popular ni, masa tu seingat saya yang mengamalkan minum banyak air ialah Nasha Aziz. Lepas berbelas tahun, beliau masih cantik persis gadis 20an. 

satu lagi bukti manfaat air masak/plainwater:

mulanya Sarah (42 tahun) dinasihatkan minum 3 liter air sehari sebab ada masalah sakit kepala dan penghadaman. Dia pun buatlah eksperimen dengan meminum air sebanyak 3 liter selama sebulan. Bukan saja penyakit hilang, muka dia nampak awet muda gitu plus dia hilang berat badan jugak. Cube tengok foto ni.




sekali tengok macam dia buat facelift or rawatan2, rupanya minum air pun membantu. walaupun taklah jadi muda remaja balik tp mmg ada perubahan kan? Apa lagi, jom!