Monday 20 October 2014

wake up call by Ammar Zahar

assalamualaikum..

Saya masih baru dalam perniagaan online. masih banyak yang perlu saya pelajari. alhamdulillah bulan April tahun ni saya sempat mengikuti kelas Dr. Irfan Khairi (IK). Memang best sebab sebelum ni saya belajar fb ads, belajar buat blog semuanya sendiri. IK memang sporting dan sangat bersahaja. saya belajar googles adwords, macamana nak buat promosi dsbnya.

kemudian saya buat 'try and error' satu produk (bukan nuskin). Sebenarnya suami saya beria-beria nak cuba jual produk tersebut. Disebabkan page yang IK sarankan untuk single product sebaik-baiknya, jadi saya buat macam mana yang IK ajar. Satu persatu. ambil masa juga sebab saya bukan orang yang power IT.terhegeh hegeh jugak nak siapkan satu website simple.

kemudian saya launchkan website tu. Alhamdulillah, call dan sms mula masuk. balik modal + untung yang boleh tahan. tersengih saya. tak sangka cubaan pertama berjaya. Tapi lepas tu, saya yang mendiamkan diri. Hilang fokus. sudahnya ilmu yang dituntut terbiar macam tu aje.

nak dijadikan cerita, saya tertengok satu iklan Facebook Advance by Ammar Zahar. Murah. RM40 sahaja. Apa lagi saya pun putuskan nak join. Alhamdulillah suami ok aje. Setengah hari je seminarnya, di JB. Seminarnya bagus, walaupun saya dah tahu banyak yang diajar sebab dah pernah pergi kelas IK, saya lebih anggap seminar ini sebagai pembakar semangat yang dah mulai menurun. Tapi yang menarik perhatian saya 200% ialah kisah hidup Ammar Zahar yang....hampir sebijik dengan kisah hidup saya. Sampaikan airmata saya hampir saja menitis tapi berjaya jugak dikekang memandangkan saya duduk paling depan sekali! (ada juga alasan).

kemudian saya renung kembali diri saya, di mana saya dan di mana Ammar Zahar. Kami bermula sama, anak orang susah belajar pandai-pandai sendiri nak hidup. saya pernah capai satu tahap saya rasa diri saya dah berjaya bila makan gaji sekadar RM5- RM6 ribu sebulan pada usia 25 tahun. Sedangkan Ammar Zahar pada usia yang sama telah pun bergelar jutawan! apa beza kami yang bermula hampir sama namun kini di perjalanan yang berbeza. kemudian saya seakan tersedar betapa berbezanya cara kami berfikir. Betapa kurangnya saya berusaha. saya banyak berangan nak jadi jutawan tapi tindakan saya tidak sepadan dengan cita-cita saya. saya rasa saya sudah berjaya, saya sudah ada semua yang seorang wanita 'average' perlukan. saya punya suami yang mencintai saya, saya punya anak yang manis keletahnya, saya tinggal dirumah yang selesa, punya keluarga mertua yang sangat baik dan ada sumber pendapatan yang mencukupi. saya sangka saya sudah berjaya.saya sangka sahaja, saya silap.

saya kembali merenung diri. betapa kurang saya berusaha dan berdoa kepada Allah. astagfirullahalazim. saya tanya pada diri apa saya mahu. saya pejam mata dan cuba berangan macam buku Blueprint Kejayaan Ammar Zahar. Saya tak nampak diri saya naik flight ke London, mungkin sebab dah pernah ke sana, saya juga tak dapat bayang saya ke shoppping beli beg mahal2, sebaliknya saya nampak saya nak ke Haji, bersama emak saya! selagi lagi, Astagfirullalazim. Betapa kerdilnya saya, rupanya itulah keinginan saya. keinginan separa sedar yang saya tidak fokus sebelum ini.

teringat kembali semasa zaman belajar di universiti, niat saya nak membahagiakan emak,nak senangkan emak. sepayah mana saya di sana seorang diri saya gagahi sampai tamat pengajian. mungkin itulah niat yang belum tertunai sepenuhnya. saya tak lagi memanjakan emak selepas bersuami. saya memberi sekadar emak perlu. 

emak, doanya tak pernah putus walaupun saya tidak lagi mengutamakannya. Sedih, sayu benar hati saya. rupanya seminar Facebook Advance Ammar Zahar memberi lebih dari apa yang saya harapkan. This is a wake up call.



Sunday 12 October 2014

Princess Sofia



Assalamualaikum...

Lama bebenar mendiamkan diri, huh. kebelakangan ini sejak menggantikan salah seorang satff papa yang cuti bersalin, jarang benar ada masa nak melayan tangan menaip. Update customer pun melalui hp sahaja. Tapi saya lebih suka menggunakan laptop berbanding telefon jika ingin menaip, rasanya lebih puas dan idea lebih banyak datang mencurah.

Ok. Bagaimana dengan bisnes Nu Skin saya sejak 2 menjak ini? alhamdulillah, ada saja pembeli walaupun saya dan suami masing-masing kurang fokus, lebih2 lagi suami sejak menyambung pengajian. mana nak kejar kerja dan study pada masa yang sama. Namun alhamdulillah rezeki tidak putus. Syukur hanya kepadaNYA. 

Sejak bekerja  setelah lama memerap di rumah sebagai menteri rumahtangga (2 tahun), saya rasa sedikit kekok. Tambahan pulak rasa sukar nak berpisah dengan Sofia. Mula2 hantar ke taska tapi selepas genap seminggu Sofia dijangkiti HFMD. Penyakit  tangan kaki dan mulut. Demamnya tinggi, ada lelepuh kecil di tangan dan kaki, memang kesian. Mujur mama (mak mertua) saya yang sendiri merawat Sofia. Kuarantin seminggu di rumah. Sebaik sembuh masih hantar ke taska sama. Demam lagi lepas sehari hantar. Dari pagi sampai ke petang menangis tak sudah Sofia memang tak suka taska, pendek kata memang tak boleh berpisah dengan Umminya ini. Dia jadi murung dan traumatized. Pantang saya bergerak ke mana2 dia akan menangis. Sudahnya demam lagi sebab dehydrate.  Tak mau makan dan minum. Saya tak salahkan taska 100%, mana diorang nak menang tangan jaga 50 budak pada satu masa. Ibu2 seharusnya jaga sendiri anak masing2, apakan daya jika ada halangan dan ibu2 perlu keluar bekerja. Saya faham itu. Saya berhentikan Sofia, tak sanggup tengok dia begitu. Jadi diam dan tak mahu bercakap.

Selepas bincang dengan suami, saya gagahkan diri bawak sofia ke opis. Mujur Papa (pak mertua) faham dan mengizinkan. Sebulan Sofia jadi pembantu pejabat cilik. Dia dah kembali ceria, malah makin macam2 karenahnya. Tak lama lagi staff papa yang cuti bersalin akan kembali bekerja jadi saya putuskan untuk hantar Sofia ke pengasuh. Kebetulan memang sangat dekat dengan tempat kerja. selang serumah saja. In Sha Allah saya harapkan Sofia akan dijaga dengan baik dan akan dikasihi seadanya. Risau tetap ada. Saya hanya mampu berserah. Kata suami jika masih tak ok, elok saya berhenti dan sambung jadi menteri rumahtangga. Buat bisnes online dan fokus 100%. Saya senyum. Setuju!!! :)