Tuesday 23 December 2014

Hapuskan jerawat dan parut bekas jerawat selama-lamanya

Assalamualaikum...

Kali ini saya nak kongsikan tentang ageLOC Galvanic Spa Face Pack yang pernah saya ceritakan dulu. Saja nak ulang semula, refresh kata omputih.

Saya menggunakan mesin sekecil telapak tangan ni sejak 2012. Sehingga kini saya masih teruja dengan keberkesanan dan kehebatan produk ini. Cuma kali ini saya nak share masalah jerawat dan rawatan menggunakan mesin ageLOC Galvanic Spa Face Pack ini.

ageLOC galvanic Spa + ageLOC Transformation Set

Saya pernah cakap sebelum ini saya tidak mempunyai masalah jerawat, bukan? Hmm..baru-baru ini semasa sibuk berpindah dari rumah mertua ke rumah sendiri yang mengambil masa lebih kurang 2 minggu, saya mulai dihinggapi jerawat. Memang risau sebab satu persatu tumbuh di pipi kanan dan pipi kiri sehinggakan 5-6 biji. Besar2. Kata adik saya kemungkinan stress dan juga terdedah kepada habuk dan kekotoran semasa berpindah. saya mati akal memandangkan sudah terlalu lama tidak berjerawat, kalau sekali sekala tumbuh sebijik dua semasa period itu bukan perkara luarbiasa.

mula-mula saya biarkan sahaja, tidak ada inisiatif nak merawat pun. Saya beranggapan ia akan hilang sendiri. Saya teruskan menggunakan ageLOC Galvanic Spa Face Pack macam biasa (2x seminggu). Magicnya, jerawat yang sebelumnya segar bugar dan kemerahan, bertukar kering dan kehitaman esoknya! WOWW.Memang WOW sebab saya tidak pernah mempromosikan ageLOC galvanic Spa Face Pack sebagai agen merawat jerawat sebelum ni! 

ini gambar selepas guna ageLOC Galvanic Spa, perhatikan jerawat menjadi kehitam-hitaman


Terkejut dengan perubahan tersebut saya cepat-cepat 'google'. Rupanya saya saja yang baru tahu.Hehe malunya. Sudah ramai rupanya yang menggunakan mesin ini untuk merawat jerawat, bukan hanya membersihkan kulit dan menghilangkan kedut malah ada extra benefit lagi. Memang tak rugi membelinya. Nah, saya hidangkan lagi testimonials dari seluruh dunia untuk anda!



Masalah parut jerawat pun boleh hilang!




Ini untuk mereka yang tidak mempunyai masalah jerawat yang teruk, macam saya. Bagi mereka yang extreme sikit jerawatnya, boleh gunakan mesin ni bersama-sama dengan siri anti jerawat Clear Action System.

Kalau rasa-rasa nak comel macam awek korea berkulit putih mulus tanpa cela, jangan lupa whatsapp saya ok. Hayati 017-3161048.

Clear Action System dirumus khas untuk kulit berjerawat




Lagi testimonials.....

perbandingan Nu Skin Clear Action System dan produk pesaing

hasil pengguna set Clear Action System




Thursday 11 December 2014

Walk the talk

assalamualaikum....

Saya selalu berjumpa dengan ramai wanita bekeluarga yang menyatakan mereka ingin menjadi wanita berjaya. Mereka mahu kebebasan kewangan dan tidak mengharapkan suami 100% untuk mendapatkan apa yang mereka ingini. Mereka begitu bersemangat apabila bercerita tentang pelbagai keinginan mereka. Andai mereka ada itu..andai mereka ada ini....tetapi apabila saya mengajak mereka mengambil tindakan untuk memperbaiki keadaan masa kini mereka, pelbagai alasan mula dikeluarkan dari mulut yang sama bercerita tentang itu dan ini sebentar tadi. Mereka bertukar menjadi negatif serta merta. Saya tidak boleh salahkan mereka 100%, kejayaan bukannya mudah, malah menuntut 1000 macam pengorbanan. Menuntut keringat dan usaha. belum lagi termasuk wang ringgit dan masa. 



Saya pasti bagi mereka yang selalu mengikuti program2 kejayaan, akan terbiasa dengan perkataan motivasi. Ya, manusia berjaya memerlukan motivasi. Kita sukar untuk berjaya mengubah sesuatu keadaan (selain dengan izin Allah) tanpa motivasi. Semangat juang kita akan mudah luntur dibadai dugaan. Pilih perkara atau orang yang boleh memotivasikan anda, seperti anak2 atau ibubapa. perkara yang boleh membuatkan anda  bangun tiapkali anda terjatuh. 

Saya mengambil masa yang panjang ( 2 tahun) untuk memahami sistem Nu Skin, untuk memahami kebaikan perniagaan bersistem berbanding perniagaan tradisional. This is 21st century business, kata Robert T. Kiyosaki. Kita bermula dari bawah, keluar sedikit modal tetapi kita tidak risau akan bisnes melingkup kerana sistemnya telah ada untuk diusahakan. Motivasi saya ialah ibu saya dan keluarga kecil saya; Sofia dan Arif.



Kenapa kita takut untuk berjaya? Mengapa perlu takut menjadi kaya? ada yang kata takut nanti menjadi riak dan lupa diri. Come on. Masa tidak berapa kaya pun ada masa awak ter 'riak' juga. Awak post juga pelbagai gambar rumah dan kereta awak. apa beza riak semasa awak tidak 'berapa' kaya dan semasa awak kaya? Dosanya tetap sama. Renungkanlah, sama ada kita kaya berjaya atau miskin kedana, kita tetap tidak boleh riak. Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah pun perasaan riak. 


Stop giving excuses, just walk the talk. 





Dearest Mama

assalamualaikum..

Antara sedar dan tidak, sudah hampir empat bulan saya bekerja dengan bapa mertua saya di pusat haemodialisis milik beliau. kadangkala rindu menjadi surirumah semula, sementelahan setelah berpindah ke rumah sendiri. selama 3 tahun tinggal serumah dengan mertua sememangnya satu pengalaman yang indah, melihat cara emak mertua saya menguruskan suami dan anak-anak walaupun beliau sangat sibuk di klinik dan pusat estetik beliau. Pada masa yang sama beliau sangat pandai menjaga diri dan kekal anggun pada usia 50an. Tidak keterlaluan saya katakan, beliau idola saya. 

dearest mama

Mengenali Nu Skin melalui beliau, telah membuka lembaran baru dalam kehidupan saya. Jika sebelum ini saya gila kerja, sanggup bersengkang mata tanpa tidur yang teratur, kini saya lebih bersederhana. Saya lebih sayang diri sendiri. saya menjaga makan minum dan tidur saya. Senang cerita, saya mahu secantik dan sesihat emak mertua saya bila saya 50an nanti!In Sha Allah. Yang paling penting, saya mahu suami saya kekal menyayangi saya walaupun usia perkahwinan kami pada masa itu sudah lebih 30 tahun! :)


Nu Skin. The difference. Demonstrated.