Tuesday 23 December 2014

Hapuskan jerawat dan parut bekas jerawat selama-lamanya

Assalamualaikum...

Kali ini saya nak kongsikan tentang ageLOC Galvanic Spa Face Pack yang pernah saya ceritakan dulu. Saja nak ulang semula, refresh kata omputih.

Saya menggunakan mesin sekecil telapak tangan ni sejak 2012. Sehingga kini saya masih teruja dengan keberkesanan dan kehebatan produk ini. Cuma kali ini saya nak share masalah jerawat dan rawatan menggunakan mesin ageLOC Galvanic Spa Face Pack ini.

ageLOC galvanic Spa + ageLOC Transformation Set

Saya pernah cakap sebelum ini saya tidak mempunyai masalah jerawat, bukan? Hmm..baru-baru ini semasa sibuk berpindah dari rumah mertua ke rumah sendiri yang mengambil masa lebih kurang 2 minggu, saya mulai dihinggapi jerawat. Memang risau sebab satu persatu tumbuh di pipi kanan dan pipi kiri sehinggakan 5-6 biji. Besar2. Kata adik saya kemungkinan stress dan juga terdedah kepada habuk dan kekotoran semasa berpindah. saya mati akal memandangkan sudah terlalu lama tidak berjerawat, kalau sekali sekala tumbuh sebijik dua semasa period itu bukan perkara luarbiasa.

mula-mula saya biarkan sahaja, tidak ada inisiatif nak merawat pun. Saya beranggapan ia akan hilang sendiri. Saya teruskan menggunakan ageLOC Galvanic Spa Face Pack macam biasa (2x seminggu). Magicnya, jerawat yang sebelumnya segar bugar dan kemerahan, bertukar kering dan kehitaman esoknya! WOWW.Memang WOW sebab saya tidak pernah mempromosikan ageLOC galvanic Spa Face Pack sebagai agen merawat jerawat sebelum ni! 

ini gambar selepas guna ageLOC Galvanic Spa, perhatikan jerawat menjadi kehitam-hitaman


Terkejut dengan perubahan tersebut saya cepat-cepat 'google'. Rupanya saya saja yang baru tahu.Hehe malunya. Sudah ramai rupanya yang menggunakan mesin ini untuk merawat jerawat, bukan hanya membersihkan kulit dan menghilangkan kedut malah ada extra benefit lagi. Memang tak rugi membelinya. Nah, saya hidangkan lagi testimonials dari seluruh dunia untuk anda!



Masalah parut jerawat pun boleh hilang!




Ini untuk mereka yang tidak mempunyai masalah jerawat yang teruk, macam saya. Bagi mereka yang extreme sikit jerawatnya, boleh gunakan mesin ni bersama-sama dengan siri anti jerawat Clear Action System.

Kalau rasa-rasa nak comel macam awek korea berkulit putih mulus tanpa cela, jangan lupa whatsapp saya ok. Hayati 017-3161048.

Clear Action System dirumus khas untuk kulit berjerawat




Lagi testimonials.....

perbandingan Nu Skin Clear Action System dan produk pesaing

hasil pengguna set Clear Action System




Thursday 11 December 2014

Walk the talk

assalamualaikum....

Saya selalu berjumpa dengan ramai wanita bekeluarga yang menyatakan mereka ingin menjadi wanita berjaya. Mereka mahu kebebasan kewangan dan tidak mengharapkan suami 100% untuk mendapatkan apa yang mereka ingini. Mereka begitu bersemangat apabila bercerita tentang pelbagai keinginan mereka. Andai mereka ada itu..andai mereka ada ini....tetapi apabila saya mengajak mereka mengambil tindakan untuk memperbaiki keadaan masa kini mereka, pelbagai alasan mula dikeluarkan dari mulut yang sama bercerita tentang itu dan ini sebentar tadi. Mereka bertukar menjadi negatif serta merta. Saya tidak boleh salahkan mereka 100%, kejayaan bukannya mudah, malah menuntut 1000 macam pengorbanan. Menuntut keringat dan usaha. belum lagi termasuk wang ringgit dan masa. 



Saya pasti bagi mereka yang selalu mengikuti program2 kejayaan, akan terbiasa dengan perkataan motivasi. Ya, manusia berjaya memerlukan motivasi. Kita sukar untuk berjaya mengubah sesuatu keadaan (selain dengan izin Allah) tanpa motivasi. Semangat juang kita akan mudah luntur dibadai dugaan. Pilih perkara atau orang yang boleh memotivasikan anda, seperti anak2 atau ibubapa. perkara yang boleh membuatkan anda  bangun tiapkali anda terjatuh. 

Saya mengambil masa yang panjang ( 2 tahun) untuk memahami sistem Nu Skin, untuk memahami kebaikan perniagaan bersistem berbanding perniagaan tradisional. This is 21st century business, kata Robert T. Kiyosaki. Kita bermula dari bawah, keluar sedikit modal tetapi kita tidak risau akan bisnes melingkup kerana sistemnya telah ada untuk diusahakan. Motivasi saya ialah ibu saya dan keluarga kecil saya; Sofia dan Arif.



Kenapa kita takut untuk berjaya? Mengapa perlu takut menjadi kaya? ada yang kata takut nanti menjadi riak dan lupa diri. Come on. Masa tidak berapa kaya pun ada masa awak ter 'riak' juga. Awak post juga pelbagai gambar rumah dan kereta awak. apa beza riak semasa awak tidak 'berapa' kaya dan semasa awak kaya? Dosanya tetap sama. Renungkanlah, sama ada kita kaya berjaya atau miskin kedana, kita tetap tidak boleh riak. Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah pun perasaan riak. 


Stop giving excuses, just walk the talk. 





Dearest Mama

assalamualaikum..

Antara sedar dan tidak, sudah hampir empat bulan saya bekerja dengan bapa mertua saya di pusat haemodialisis milik beliau. kadangkala rindu menjadi surirumah semula, sementelahan setelah berpindah ke rumah sendiri. selama 3 tahun tinggal serumah dengan mertua sememangnya satu pengalaman yang indah, melihat cara emak mertua saya menguruskan suami dan anak-anak walaupun beliau sangat sibuk di klinik dan pusat estetik beliau. Pada masa yang sama beliau sangat pandai menjaga diri dan kekal anggun pada usia 50an. Tidak keterlaluan saya katakan, beliau idola saya. 

dearest mama

Mengenali Nu Skin melalui beliau, telah membuka lembaran baru dalam kehidupan saya. Jika sebelum ini saya gila kerja, sanggup bersengkang mata tanpa tidur yang teratur, kini saya lebih bersederhana. Saya lebih sayang diri sendiri. saya menjaga makan minum dan tidur saya. Senang cerita, saya mahu secantik dan sesihat emak mertua saya bila saya 50an nanti!In Sha Allah. Yang paling penting, saya mahu suami saya kekal menyayangi saya walaupun usia perkahwinan kami pada masa itu sudah lebih 30 tahun! :)


Nu Skin. The difference. Demonstrated.






Monday 20 October 2014

wake up call by Ammar Zahar

assalamualaikum..

Saya masih baru dalam perniagaan online. masih banyak yang perlu saya pelajari. alhamdulillah bulan April tahun ni saya sempat mengikuti kelas Dr. Irfan Khairi (IK). Memang best sebab sebelum ni saya belajar fb ads, belajar buat blog semuanya sendiri. IK memang sporting dan sangat bersahaja. saya belajar googles adwords, macamana nak buat promosi dsbnya.

kemudian saya buat 'try and error' satu produk (bukan nuskin). Sebenarnya suami saya beria-beria nak cuba jual produk tersebut. Disebabkan page yang IK sarankan untuk single product sebaik-baiknya, jadi saya buat macam mana yang IK ajar. Satu persatu. ambil masa juga sebab saya bukan orang yang power IT.terhegeh hegeh jugak nak siapkan satu website simple.

kemudian saya launchkan website tu. Alhamdulillah, call dan sms mula masuk. balik modal + untung yang boleh tahan. tersengih saya. tak sangka cubaan pertama berjaya. Tapi lepas tu, saya yang mendiamkan diri. Hilang fokus. sudahnya ilmu yang dituntut terbiar macam tu aje.

nak dijadikan cerita, saya tertengok satu iklan Facebook Advance by Ammar Zahar. Murah. RM40 sahaja. Apa lagi saya pun putuskan nak join. Alhamdulillah suami ok aje. Setengah hari je seminarnya, di JB. Seminarnya bagus, walaupun saya dah tahu banyak yang diajar sebab dah pernah pergi kelas IK, saya lebih anggap seminar ini sebagai pembakar semangat yang dah mulai menurun. Tapi yang menarik perhatian saya 200% ialah kisah hidup Ammar Zahar yang....hampir sebijik dengan kisah hidup saya. Sampaikan airmata saya hampir saja menitis tapi berjaya jugak dikekang memandangkan saya duduk paling depan sekali! (ada juga alasan).

kemudian saya renung kembali diri saya, di mana saya dan di mana Ammar Zahar. Kami bermula sama, anak orang susah belajar pandai-pandai sendiri nak hidup. saya pernah capai satu tahap saya rasa diri saya dah berjaya bila makan gaji sekadar RM5- RM6 ribu sebulan pada usia 25 tahun. Sedangkan Ammar Zahar pada usia yang sama telah pun bergelar jutawan! apa beza kami yang bermula hampir sama namun kini di perjalanan yang berbeza. kemudian saya seakan tersedar betapa berbezanya cara kami berfikir. Betapa kurangnya saya berusaha. saya banyak berangan nak jadi jutawan tapi tindakan saya tidak sepadan dengan cita-cita saya. saya rasa saya sudah berjaya, saya sudah ada semua yang seorang wanita 'average' perlukan. saya punya suami yang mencintai saya, saya punya anak yang manis keletahnya, saya tinggal dirumah yang selesa, punya keluarga mertua yang sangat baik dan ada sumber pendapatan yang mencukupi. saya sangka saya sudah berjaya.saya sangka sahaja, saya silap.

saya kembali merenung diri. betapa kurang saya berusaha dan berdoa kepada Allah. astagfirullahalazim. saya tanya pada diri apa saya mahu. saya pejam mata dan cuba berangan macam buku Blueprint Kejayaan Ammar Zahar. Saya tak nampak diri saya naik flight ke London, mungkin sebab dah pernah ke sana, saya juga tak dapat bayang saya ke shoppping beli beg mahal2, sebaliknya saya nampak saya nak ke Haji, bersama emak saya! selagi lagi, Astagfirullalazim. Betapa kerdilnya saya, rupanya itulah keinginan saya. keinginan separa sedar yang saya tidak fokus sebelum ini.

teringat kembali semasa zaman belajar di universiti, niat saya nak membahagiakan emak,nak senangkan emak. sepayah mana saya di sana seorang diri saya gagahi sampai tamat pengajian. mungkin itulah niat yang belum tertunai sepenuhnya. saya tak lagi memanjakan emak selepas bersuami. saya memberi sekadar emak perlu. 

emak, doanya tak pernah putus walaupun saya tidak lagi mengutamakannya. Sedih, sayu benar hati saya. rupanya seminar Facebook Advance Ammar Zahar memberi lebih dari apa yang saya harapkan. This is a wake up call.



Sunday 12 October 2014

Princess Sofia



Assalamualaikum...

Lama bebenar mendiamkan diri, huh. kebelakangan ini sejak menggantikan salah seorang satff papa yang cuti bersalin, jarang benar ada masa nak melayan tangan menaip. Update customer pun melalui hp sahaja. Tapi saya lebih suka menggunakan laptop berbanding telefon jika ingin menaip, rasanya lebih puas dan idea lebih banyak datang mencurah.

Ok. Bagaimana dengan bisnes Nu Skin saya sejak 2 menjak ini? alhamdulillah, ada saja pembeli walaupun saya dan suami masing-masing kurang fokus, lebih2 lagi suami sejak menyambung pengajian. mana nak kejar kerja dan study pada masa yang sama. Namun alhamdulillah rezeki tidak putus. Syukur hanya kepadaNYA. 

Sejak bekerja  setelah lama memerap di rumah sebagai menteri rumahtangga (2 tahun), saya rasa sedikit kekok. Tambahan pulak rasa sukar nak berpisah dengan Sofia. Mula2 hantar ke taska tapi selepas genap seminggu Sofia dijangkiti HFMD. Penyakit  tangan kaki dan mulut. Demamnya tinggi, ada lelepuh kecil di tangan dan kaki, memang kesian. Mujur mama (mak mertua) saya yang sendiri merawat Sofia. Kuarantin seminggu di rumah. Sebaik sembuh masih hantar ke taska sama. Demam lagi lepas sehari hantar. Dari pagi sampai ke petang menangis tak sudah Sofia memang tak suka taska, pendek kata memang tak boleh berpisah dengan Umminya ini. Dia jadi murung dan traumatized. Pantang saya bergerak ke mana2 dia akan menangis. Sudahnya demam lagi sebab dehydrate.  Tak mau makan dan minum. Saya tak salahkan taska 100%, mana diorang nak menang tangan jaga 50 budak pada satu masa. Ibu2 seharusnya jaga sendiri anak masing2, apakan daya jika ada halangan dan ibu2 perlu keluar bekerja. Saya faham itu. Saya berhentikan Sofia, tak sanggup tengok dia begitu. Jadi diam dan tak mahu bercakap.

Selepas bincang dengan suami, saya gagahkan diri bawak sofia ke opis. Mujur Papa (pak mertua) faham dan mengizinkan. Sebulan Sofia jadi pembantu pejabat cilik. Dia dah kembali ceria, malah makin macam2 karenahnya. Tak lama lagi staff papa yang cuti bersalin akan kembali bekerja jadi saya putuskan untuk hantar Sofia ke pengasuh. Kebetulan memang sangat dekat dengan tempat kerja. selang serumah saja. In Sha Allah saya harapkan Sofia akan dijaga dengan baik dan akan dikasihi seadanya. Risau tetap ada. Saya hanya mampu berserah. Kata suami jika masih tak ok, elok saya berhenti dan sambung jadi menteri rumahtangga. Buat bisnes online dan fokus 100%. Saya senyum. Setuju!!! :)





Monday 16 June 2014

Celebriti Antarabangsa dan Produk Nu Skin

Assalamualaikum...

Saya sangat meminati Nicole Kidman kerana lakonannya yang mantap dalam filem musikal Moulin Rouge, malah masa pergi ke Kelab Moulin Rouge di Paris pada tahun 2012 yang lepas pun masih terbayang2 beliau menari tarian ala hindustan di atas pentas Moulin Rouge yang legendary tu.  Kami tak dibenarkan mengambil gambar atau merakan persembahan dalam Moulin Rouge jadi ambil gambar luar saja. Memang memorable.




Beliau cantik dan berbakat, pastinya. Kalau tak masakan anak kelahiran Australia tersebut begitu terkenal di Hollywood. Nak tahu umur beliau? 47 tahun. Ya, beliau lahir pada 20 June 1967. Ini gambar beliau yang terbaru. Masih cantik kan.




Begitu juga Brad Pitt. Beliau sudah 51 tahun! Ini gambar yang terbaru.



kenapa saya petik nama dua superstar ini? Sebab mereka merupakan pengguna ageLOC Galvanic Spa System. Macam mana saya tahu?


Cayalah ageLOC. Bukan mereka sahaja, malah ramai lagi artis antarabangsa merupakan pengguna tegar ageLOC Galvanic Spa untuk kekal awet muda dan menarik. Anda pula bagaimana?


ageLOC - sisters or mother & daughter

Wednesday 4 June 2014

Nak rawat dan hilangkan parut jerawat?

Assalamualaikum..

Apa khabar mommies sekalian? Hari ini saya nak promote satu set produk yang khas untuk merawat jerawat dan parut jerawat iaitu Nu Skin Clear Action System. Jadi bahasanya agak skema di situ ye..:)


Adakah anda sedang mengalami masalah jerawat atau parut jerawat lama yang menyakitkan mata setiap kali melihat cermin? Kulit wajah menggerutu dan berlubang macam permukaan bulan?Jerawat sudah tiada tetapi kesannya mengambil masa yang cukup lama untuk pulih?

Nu Skin sentiasa ada penyelesaiannya. In Sha Allah. Jom kita tengok..




Inilah set yang saya katakan tadi, set Clear Action System. Ada empat unit produk di dalamnya iaitu: 

#1. Clear Action Foaming Cleanser (pencuci)



#2. Clear Action Toner



#3. Clear Action Day Treatment (krim siang)




#4. Clear Action Night Treatment (krim malam)



Apa yang bagus tentang Clear Action System ini? Ia merupakan satu sistem anti-jerawat yang menyeluruh untuk menguruskan masalah jerawat di wajah anda sama ada jerawat baru atau parut jerawat lama. Pendek kata, all in one. Jerawat baru hilang, parut-parut sekali melayang.

Nu Skin Clear Action System telah dicipta untuk membantu merawat parut  jerawat terdahulu dan pada masa yang sama menghalang pembentukan jerwat baru. Produk ini memang sangat berkesan dan terbukti secara klinikal. Menggunakan teknologi canggih yang telah dipatenkan, para saintis terkemuka dan pakar penjagaan kulit Nu Skin membangunkan Clear Action System untuk membersihkan jerawat dan merawat kulit bermasalah akibat kesan jerawat lama. 

Penggunaan

Pagi

Langkah 1: Bersihkan wajah anda dengan Nu Skin Clear Action Foaming Cleanser
Langkah 2: Gunakan Nu Skin Clear Action Toner untuk membersihkan saki baki kotoran dari wajah
Langkah 3: Pakai Nu Skin Clear Action Day Treatment
Langkah 4: Pakai Nu Kulit SPF Mositurizer mengikut pilihan anda (penghalang sinar matahari jika berda di luar)

Malam

Langkah 1: Bersihkan wajah anda dengan Nu Skin Clear Action Foaming Cleanser
Langkah 2: Gunakan Nu Skin Clear Action Toner untuk membersihkan saki baki kotoran dari wajah
Langkah 3: Sapukan Nu Skin Clear Action Night Treatment sebelum tidur



Dalam ujian klinikal , lebih daripada 90 % daripada pengguna telah berpuas hati dengan prestasi Nu Skin Clear Action System. Para pengguna juga mendapati :

91 % pengurangan dalam pembentukan jerawat baru
85% Peningkatan dalam tekstur kulit
79% Peningkatan dalam tona kulit yang tidak sekata sebelum penggunaan
82 % pengurangan kulit berminyak
85 % pengurangan dalam saiz liang roma


Testimonial: terlalu banyak testimonial yang anda boleh dapati di internet berkenaan Nu Skin Clear Action System di serata dunia.Saya ambil beberapa sebagai contoh. Mereka semua, samada orang asia atau eropah, lelaki atau perempuan, semuanya berpuashati dan mendapat hasil yang diidam-idamkan; kulit cerah berseri, tiada lagi jerawat, tiada lagi kesan parut.






Menakjubkan, bukan?


Berapakah harga kesemua produk di atas?

Clear Action Foaming Cleanser RM216/ botol retail price
Clear Action Toner RM170/unit  retail price
Clear Action Day Treatmemt RM220/ unit retail price 
Clear Action Night Treatment RM220/ unit retail price

Jika beli satu set : RM734.00 retail price di website nuskin

Tapi....jika anda benar-benar ingin mengubah keadaan kulit muka anda, anda mahu nampak 'glowing' dengan cara yang selamat dan berkesan, saya akan bagi anda diskaun hebat. 


Hubungi saya untuk diskaun secara personal sehingga anda boleh jimat lebih *RM200++.


ummi sofia 
sila sms Nu Skin CAS ke 0176777065

*untuk pembelian set sahaja, harga mengikut harga borong



Monday 24 February 2014

Produk Super?

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak mentari panas menggigit ni selalu saja rasa cepat letih. Suami asyik bebel air minum tak cukup 3 liter. Fuh...3 liter. Tiap2 hari kena bebel bila kita baru nak mengadu letih ke apa. Padankan muka. Salah siapa?

Semalam ( Actually dah pagi) melayan seorang bakal pelanggan Nu Skin yang ada masalah kulit. Dah macam pakar kecantikan saya rasa.Hehe. Saya cuma share apa yang saya tahu dan alami sendiri. Lebih dari tu, saya tak berani janji bulan dan bintang kalau saya tahu saya tak mampu berikan. Setakat review produk, In Sha Allah. 

Saya perasan banyak betul produk kecantikan dan kesihatan di pasaran sekarang. Ya pastilah masing2 berlumba nak tunjukkan testimoni pelanggan, yang cepat putih, cepat kurus, yang boleh nampak macam artis, yang 'sulit' pun ada, macam2 lah. Saya selalu senyum sendiri. Pasaran produk kecantikan online memang macam cendawan tumbuh selepas hujan. Bukan main rancak. Cuma yang saya agak hairan, ada sesetangah tu berani betul menjanjikan apa yang agak 'luarbiasa' bagi saya. Contohnya segala penyakit boleh sembuh kalau amalkan produk tersebut, yang muka tua boleh jadi anak dara. Semua pakai produk saja. Seolah2 tak perlu buat apa2 selain pakai produk tu saja. Super benar produknya. Hmm..speechless saya. 

Saya selalu bimbang nak menegur, almaklum ilmu berniaga tak seberapa. Mengaji di Sintok dulu pun bukan depa ajar cara nak jadi kaya. Namun syukur alhamdulillah ada lah rezeki anak, kecil2 bisnes kami ada juga hasilnya. Saya berniaga ikut prinsip. Macam saya kata tadi, no bulan no bintang. Kalau tak boleh saya kata tak boleh. Yelah, kalau ada yang datang pada saya tanya bolehke pesakit kanser stage 4 sembuh makan suplement Nu Skin (Pharmanex)  semata2, dah tentu saya kata tak. Melainkan dengan izin Allah, keajaiban boleh berlaku dengan kehendakNya. Ajal maut sakit sembuh di tanganNya. Selain makan suplement, pastilah rawatan khusus oleh doktor2 perubatan diperlukan nak merawat penyakit kanser. Masakan saya sebagai pengedar perseorangan ni boleh beri jaminan anda akan sembuh andai makan suplement yang saya cadangkan, ye tak?

Apapun, masing2 punya cara punya pegangan. Saya tak berhak menghalang apa yang orang lain nak cakap. Semua terpulang kepada bakal pembeli. Buatlah sedikit kajian, google or carilah maklumat sebelum buat apa2 pembelian. Lagi2 secara online. Pernah dengar kata orang ' we are what we eat'? :)

Wasalam.







Saturday 15 February 2014

Pasaran Nu Skin

Assalamualaikum..

Mata tak boleh lelap pagi ni, tunggu si suami pulang tapi bila dia dah berdengkur kita masih terkebil2. Dalam golek2 tu dapat pulak ilham nak buat entri baru.This time, nak cerita tentang cabaran perniagaan yang saya sedang usahakan.

Alhamdulillah walau belum launch koleksi pertama #SoulART, sudah pun ada pembelinya. Memang tak sangka, tapi itulah rezeki. Alhamdulillah. Satu lagi bisnes sy Nu Skin, kebelakangan ni macam left out, sebab kami banyak fokus kepada SoulArt, jenama hijab dan busana muslimah kami sendiri. Hmmm...namun kami berdua (me and hubby) masih terima komisyen tiap bulan hasil pembelian tegar para peminat Nu Skin. Hehe. Again, alhamdulillah walau tak sebanyak semasa aktif.

Saya akui memang saya lebih kepada penjualan, bukan kepada mengembangkan network dengan menambah ahli. Kenapa? Sebab saya lebih suka pengguna Nu Skin sendiri yang offer diri nak jadi pengedar, bukan semata2 nak buat MLM dan jadi kaya tapi takde knowlegde dan pengalaman tentang kehebatan produknya. Barisan produk Nu Skin samada produk kecantikan atau suplementnya memang mahal, namun hasilnya saya tak boleh nak nafikan sememangnya hebat! Sebab apa, sebab saya pengguna tegar Nu Skin. Dari pencuci muka, losyen tangan, krim pelangsing, mesin Galvanic Spa, LifePak (suplement), memang saya guna. Saya boleh cerita dengan jujur apa yang saya guna, saya lebih yakin berbanding guna testimonial org lain semata2.

 Selalunya bila ada yg bertanya produk apa saya guna untuk dapatkan flawless look tanpa makeup, saya akan cakap, Nu Skin. Memang saya takde campur produk lain. Tp bila sebut harga, ramai yang terus buat judgment, ala mahal sangat lah..tak mampu etc. Ok, saya faham anda sayang duit rasa nak beli produk yg relatively mahal sedikit dari produk biasa kat farmasi or supermarket. Tp pernah tak fikir kesan produk ni berlipat kali ganda dari produk biasa so called jimat duit yg anda laburkan tiap2 bulan?

Saya ambil contoh ya, sekarang ni saya menggunakan set Nutricentials. Saya tak lagi guna rangkaian ageLOC Secret of Youth selepas tempoh 3 bulan sebab kulit saya dah ditransformasikan. Set nutricentials ni lebih murah berbanding ageLOC Secret of Youth, boleh dianggap set paling basic. Pencucinya (150ml) sebotol berharga RM127.00. Berapa lama sebotol saya gunakan? Kalau saya tibai banyak2, boleh tahan dua bulan. Kalau sekali cuci tuangkan sebesar jari kelingking, cuci dua kali sehari boleh tahan sampai 3 bulan! Bahagikan RM127/3=RM42.33! So anda masih lagi rasa mahal? Fikirkan. Produk Nu Skin dihasilkan oleh saintis ternama, bukan seorang dua tapi lebih dari 100 orang saintis sebenar! Saya tak pernah buat facial di salon. Alhamdulillah, saya takde masalah kulit tak sekata dan seumpamanya. Jerawat jangan cakaplah...seiring umur meningkat ni memang dah lama takde.

Saya seringkali terdengar Nu Skin ni pasaran masyarakat Cina. Oh why our people have that kind of mindset? Sebab produknya mahal? Tapi kenapa mereka masih beli dan guna setiap bulan kalau tak berkesan ya?Umum tau, masayarakat Cina sangat mementingkan kesihatan. Sangat ya? Itu benar. Tengok ginsengnya, gingkonya, sup bermacam jenis. Namun mereka tak ralat, sebab mereka tahu 'pulangan' dari pelaburan kesihatan tak boleh ditukar ganti. Orang kita lebih suka produk murah, kalau boleh nak yang RM10, tapi mengharap kesannya macam yang harga RM100. Iyelah siapa yang taknak produk murah tp hasil gempak kan. Tapi, pernah fikir kesan jangka panjang? Side effect? Ada kajian komprehensif ke sebelum produk dipasarkan?Berbaloi ke setiap ringgit dilaburkan? Bagi saya, RM1 pun saya keluarkan dari poket, saya akan pastikan ia berbaloi.

Renung2kan.

Friday 24 January 2014

Profile Bisnes Baru

Assalamualaikum...

Wow...lama sangat dah tak jenguk blog ni..hehe..masih nak cerita tentang kecantikan?Tak kot, off sekejaplah sebab kali ni saya nak cerita tentang bisnes baru yang saya usahakan bersama suami dan adik.
well, it is not a big business after all, but for sure it is a serious one. Walau kecil2an tapi kami ada visi dan misi gtu. :-)

Saya memang dah lama minat menjahit sejak kecil lagi sebab selalu tengok arwah nenek menjahit, masa tu arwah menjahit dengan tangan saje, kami sekeluarga tak mampu nak beli mesin jahit. Arwah nenek selalu jahit patchwork untuk buat selimut. Patchwork ni adalah sejenis seni jahitan kain yang dicantum2 macam contoh kat bawah ni.


Seingat saya masa zaman kanak2 kalau pergi ke rumah jiran sekampung, mesti nampak dorang letak patchwork dalam bilik tidur, bukan saja sebagai cadar/selimit tp sebagai penutup siling. Yelah org dulu2 mana ada siling moden macam sekarang, rumah kampung bertutup atap nipah atau zink aje. Jadi masa tu saya anggap mereka tutup dengan kain pathwork ni mungkin sebab nak elak  habuk atau serangga jatuh ke tilam kot (anggapan je). Hehe.

Berbalik kepada cerita menjahit, saya mula menjahit masa kanak2 lah..sebab nak tiru arwah nenek. Sampaila sekarang saya masih suka menjahit walaupun tak pernah pergi kelas jahitan. Jahitan saya taklah kemas mana pun, tapi boleh jugak buat langsir rumah mak tiap2 kali dia tukar. Kami tak pernah tempah.

Nak dijadikan cerita, lepas saya berhenti kerja dan jadi housewife, mertua saya selalu tanya apa next plan..apa saya nak buat selain menjadi housewife sepenuh masa. Sebab zaman kini surirumah ada pelbagai skill, macam2 boleh buat. Boleh belajar baking, menjahit, buat kuih, macam2 lah. Semua boleh online. Jadi saya fikir2 selain buat Nu Skin, saya minat jahitan dan solekan. Saya suka jahit manik dan apa2 yang berkaitan dengan jahitan. Saya suarakan kat suami nak pergi kelas jahitan. Unfortunately suami tak berapa setuju sebab anak kecil lagi katanya.Hmm...saya fikir lagi apa cara nak berniaga tapi anak masih keutamaan saya..Tada...muncullah idea nak jadi pereka! Alhamdulillah suami setuju tapi kenalah usaha cari tukang jahit yang pro, supaya jahitannya cantik dan kemas.

Disebabkan suami lebih pandai manage kewangan so saya biarkan dia handle akaun, dengan sedikit modal permulaan from our saving. RM5,000 saje,hehe..sebab nak mula kecil2an. Tapi cukuplah nak beli kain dan upah..plus banyak lagi lebih nak buat promotional things.

Marketing memang core dalam bisnes, kena orang yg pandai menarik perhatian pelanggan. Since  saya ni memang out kalau bergaya depan kamera, kayu macam batang pisang hendaknye so kami ajak adik saya Suria atau nama timangannya Manje untuk join dan buat marketing secara online. Dia lagi gila berfesyen dan berani. Macam ni..huh sumpah saya memang takkan pakai shawl macam tu!Haha..


So..saya jadi apa?Hm..disebabkan idea fesyen ni dari saya, maka saya akan handle operation..dari bab pemilihan fabrik, rekaan (bersama other team members) sampaila ke tempahan. In Sha Allah kami masih baru nak merangkak..syarikat pun belum daftar lagi..memang nak buat sampai jadi. Amin.