Sunday 2 June 2013

usah tua seblum usia

Assalamualaikum...

Hari ni saya dan famili ke KL untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu suami. Kami sampai lewat tapi masih ramai sanak saudara belum pulang, ada yang bergambar dengan pengantin dan ada jugak yang berborak-borak sesama sendiri. Sebenarnya saya bukan nak 'highlight' tentang kenduri, tapi lebih kepada perasaan dalaman saya. Ramai sepupu sebelah suami lebih kurang sebaya dengan saya, di penghujung atau pertengahan 20an. Rata-ratanya berkerjaya, setahu saya takde yang surirumah macam saya. Masing-masing pun kuat melaram, cantik dan suka bergaya. Tidaklah aneh bila kaum wanita ni nak melawa, lebih-lebih lagi di kenduri kahwin atau seumpamanya. Saya pula? Sekadar berbaju kurung dan bermekap nipis, cuma bercelak dan dioles sedikit gincu. Sangat simple. Heh. Bukan taknak melaram, tapi saya memang lebih yakin jika tak bermekap tebal atau berhias berlebihan. Cukuplah sekadar wajah polos dan baju yang simple rekaannya.

Sebelum balik ke Melaka, saya diperkenalkan dengan seorang sepupu yang baru balik dari Qatar. Pertama kali bertemu mata. Berusia pertengahan 30an (mungkin). Apa yang menarik tentang  ibu kepada dua anak ini, keanggunannya begitu terserlah. Hanya berkebaya dan bersolek ringkas, beliau outshadow semua wanita lain di situ. Semacam ada aura yang memancar dari kelibatnya. Wow. Terdetik hati saya, teringin jugak nak jadi macam tu. Hehe. Aging gracefully kata orang. Sebab saya selalu tertanya-tanya macamana rupa saya bila dah mencecah 30an, 40an dan seterusnya? Masihkah mampu saya untuk menarik perhatian suami seperti sekarang? Aduhai.

Persoalannya, adakah saya benar-benar telah memulakan regime kecantikan yang akan membantu saya kekal menawan di mata suami untuk 10, 20 tahun, atau 30 tahun yang akan datang? Kalau boleh biarlah secara natural tanpa perlu suntik macam-macam ke tubuh badan saya ni. Saya masih mahu kekal simple, tapi anggun macam sepupu yang seorang tu. (mood: tengah perasan lebih ni..hehe)


me and hubby on our wedding day