Thursday 28 March 2013

Produk review #1 ageLoc Transformation Pack

Produk: ageLoc Transformation Pack (twin pack)





ageLoc Transformation pack ni sesuai digunakan untuk anda yang ada masalah kulit wajah yang sudah mula menunjukkan kedut2 halus, tetapi tak sanggup nak cucuk sana sini untuk mengembalikan elasticity kulit anda.   Walaupun saya belum ada garis2 halus di wajah tapi saya gunakan juga untuk transform kulit yang kusam dan tak bermaya kepada kulit yang lebih licin dan berseri. Teknologi yang menghasilkan ageLoc ni memang menakjubkan sebab melibatkan pembaikan gene. Ia tak bertindak sekadar di permukaan. saya akan ceritakan tentang teknologi re-set genes di entry yang lain ok. 

Inilah set pencuci Nu Skin pertama yang saya gunakan. Ada 4 produk di dalam set ni. Ini merupakan pandangan saya terhadap produk2 ni berdasarkan pengalaman menggunakannya sendiri.

#1. ageLoc Gentle Cleanse and Tone
Ini merupakan pencuci 2 in 1. Cleanser dengan toner digabungkan so tak  payah pakai toner dah. Jimat masa. teksturnye berbuih halus, apply sikit je pada kulit yang telah dibasahkan pastu bilas. Anda akan rasa kulit lembap serta merta, tak kering atau mengelupas.

#2. ageLoc Future Serum
Serum ni wow! Yup saya cakap wow sebab efek dia sangat bagus. Lepas cuci muka sebelum anda sapu day/ night cream, sapukan sedikit Future Serum ni ke muka anda. Namanya pun Future Serum, ia bantu anda melambatkan proses kedutan yang akan terjadi. Saya guna sekali masa pagi, walaupun lepas solat zuhur dan asar, kulit muka saya maintain lembap dan tak berminyak. (info- kulit wajah saya jenis very oily skin). Sekali lagi saya guna sebelum tidur.

#3. ageLoc Radiant Day
ini adalah krim untuk waktu siang. Mengandungi SPF 22 yang membantu menghalang sinaran terus UVB ke kulit anda. Teksturnya lembut dan mudah disapukan, anda hanya perlu picit sikit saja dan sapukan ke wajah. Kulit terasa lembap dan tidak berminyak.

#4 ageLoc Transforming Night
Sebelum tidur, sapukan Transforming Night Cream ke wajah anda. Teksturnya lebih mewah dari ageLoc Radiant Day, malah terasa sejuk bila kita sapu ke wajah. Satu kesan ketara yang saya dapat bila menggunakan krim ni sebelah malamnya, bila bangun pagi kulit muka terasa lembut dan masih lagi lembap. Hebat kan. 


Harga:

ageLoc Cleanse and Tone: RM203
ageLoc Future serum: RM827
ageLoc Radiant Day: RM319
ageLoc Transforming Night: RM374

tapi kalau beli twin set, dapat jimat RM146. Harga ageLoc transformation set berkembar (means anda dapat 2 set setiap satu produk) ialah RM3300. Kalau anda beli asing2, untuk 1 set jumlahnya RM1732.

Ini lagiiii best!!!!!!!!!bagi yang sanggup berhabis untuk betul2 transform wajah anda menjadi lebih muda remaja, silakan mencuba Set Secret of Youth. anda akan dapat:

3 x ageLoc Cleanse and Tone
4 x ageLoc Future serum
3 x ageLoc Radiant Day
3 x ageLoc Transforming Night
1 x mesin ageLoc Galvanic Spa dengan 4 konduktor
6 x ageLoc Galvanic Spa Facial Gel
1 x Tru Face Line Corrector
1 x ageLOC Science Brochure
1 x ageLOC Transformation Set Brochure
1 x ageLOC Galvanic Spa Usage Card and Hooks
1 x ageLOC Galvanic Spa Demo DVD
1 x ageLOC Galvanic Spa Brochure
1 x ageLOC Galvanic Spa Flip Chart
1 x ageLOC Galvanic Spa Sponsoring Flyer
1 x “We are the Difference” Flyer
1 x Nu Friend Voucher
1 x Exclusive ageLOC Design Travel Bag



Untuk semua barangan di atas harganya cuma RM5,500Harga sebenar RM8,989! bayangkan berapa banyak anda dapat jimat! 
Dengan hanya RM5,500, tak perlu berhabis2an untuk pembedahan kosmetik, face lifting procedure, cucuk sana sini dan macam2 lagi kesakitan anda kena tanggung untuk nampak muda, hanya inilah yang anda perlukan. Dalam masa 3 bulan, hidup anda berubah. Pelaburan hebat dan berbaloi2 untuk kecantikan anda.


Masih tak yakin? cuba tengok ni!




Wajah saya sendiri.



Tunggu apa lagi? Hubungi saya at your convenience:

017 3161048 ataupun layari http://www.facebook.com/NuSkinMelakaMalaysia dan tinggalkan pesanan anda!










my routine with Nu Skin products

Assalamualaikum...

Saya mula guna produk Nu Skin sejak tahun 2012. Mak mertua yang rekemenkan. Beliau memang pengguna tegar produk Nu Skin. Dari suplemen sehinggalah produk kecantikan. Kebetulan beliau merupakan doktor estetik bertauliah. So i assume she knows the best. 

Saya pregnant 4 bulan masa mula2 ambil suplemen LifePak dan MarineOmega. Baik untuk bayi kata mak mertua saya. So sejak amik LifePak dan MarineOmega saya dah tak makan Obimin. Alhamdulillah sepanjang hamil saya takde masalah apa2. Takde kencing manis or darah tinggi walaupun saya sangat kuat minum air manis. Pertumbuhan baby pun bagus, badan saya tak naik banyak pun. Normal gain weight. baby lahir 3.1kg. 

Masa pregnant dulu, sebelum ambil LifePak, belakang badan saya tumbuh jerawat halus. Tapi tak sampai seminggu makan LifePak secara konsisten setiap pagi dan malam, jerawat terus tak tumbuh lagi! Malah parut yang ada beransur hilang. Saya tak terkejut pun, sebab saya tahu LifePak ni mengandungi banyak khasiat sayur2an dan kekacang. 

Saya mula menggunakan set ageLoc transformation pack ( set pencuci muka) masa pregnant 8 bulan. Alhamdulillah kesannya memang ketara. Dengan mesin ageLoc Galvanic Spa, kulit saya berseri semula lepas bersalin. Tak perlu mekap tebal, kebanyakkan masa bila keluar cuma sapu Tinted Moisturizer dari Nu Skin dan lip gloss. Saya bersalin secara c-sar, jadi memang tak pakai bengkung. Tapi tak risau pun, sebab saya guna mesin ageLoc Galvanic Spa untuk hilangkan kulit geleber dan buncit perut. Sapukan gel Galvanic Shaping, pastu urut dengan mesin. Seminggu 2 hari, sekali pagi sekali malam. Memang mudah dan sangat berbaloi. 

Ikutkan banyak lagi produk Nu Skin saya pakai, saya suka share sebab saya tau produknya bagus tapi nanti berjela2 pulak entri kali ni. Mungkin lain kali boleh share lagi. ^_^


product of the product

Kenapa Nu Skin?


#1-Sejarah:



Nu Skin telah memulakan operasinya sejak tahun 1984 di Utah, Amerika Syarikat. Pada tahun 1996 Nu Skin telah membeli Pharmanex iaitu sebuah syarikat dietary-suplement.  Kemudian pada tahun 2009, Nu Skin memulakan kerjasama dengan LifeGen Technologis yang merupakan syarikat yang menjalankan kajian genomics (gen) Untuk info, LifeGen berjaya mengenalpasti kaedah unik untuk reset kluster gen agar kembali muda. Data genetik yang terhasil dari kajian syarikat ini menambahbaik produk Nu Skin sehingga terhasilnya barisan produk ageLoc. Sebab tu ageLoc power!!

#2-Pencapaian


antaranya:-Tersenarai di NYSE sejak 1996 

-Jualan tahunan melebihi $1.5 billion
-Beroperasi di lebih 51 pasaran
-Rating 5A-1 oleh Dunn & Bradstreet 
-Syarikat premier dalam teknologi revolusi genes
-bayaran komisyen pada tahun 2011 sahaja sebanyak USD$751 mil, seorang jutawan dihasilkan setiap 5 hari



#3-R&D

Bersama Pharmanex dan LifeGen, Nuskin menghasilkan produk berkualiti tinggi melalui penyelidikan saintifik selama bertahun-tahun. Bukan produk yang dibuat di kilang2 secara pukal kat Thailand/Korea or China lepas tu pengedar ambil dan tampal brand sendiri ye. Syarikat ini memiliki lebih daripada 150 saintis ( ye, saintis ! bukan pakar kecantikan biasa) untuk menjalankan kajian sebelum sesuatu produk baru itu dihasilkan. Ada kajian memakan masa bertahun2 sebelum di komersialkan dan menelan belanja berbillion dolar! Malah Nu Skin jugak memiliki satu badan penasihat saintifik yang terdiri daripada para saintis yang otai2 antaranya Prof. Koji Nakanishi,, Phd. yang pertama sekali berjaya mengasingkan kompaun aktif dalam Gingko Biloba. Saintis2 lain boleh tengok kat website Nu Skin. Ramai sangat den nak sebut.

#4-Proses 6s

semua produk NuSkin dihasilkan memalui proses 6s iaitu:


  • selection-sekumpulan experts yang dilantik dari seluruh dunia akan mengenal pasti bahan2 yang melepasi kriteria kesahihan, keberkesanan dan keselamatan sahaja akan digunakan dalam pembuatan semua suplemen dan produk.
  • sourcing- Nu Skin dan Pharmanex tidak bergantung pada vendor untuk mendapatkan bahan mentah tetapi turut terlibat dalam penghasilan bahan2 mentah demi menjamin mutu dan kualiti bahan2 tersebut. Mereka usahakan sendiri ye siap ada ladang gitu!
  • structure- saintis NuSkin akan mengenal pasti struktur setiap bahan yang akan digunakan untuk menghasilkan produk, mereka akan mengenalpasti bukan hanya bahan aktif tetapi juga mengasingkan kompaun yang merbahaya. 
  • standardization- setiap produk dihasilkan dengan bahan2 yang telah ditetapkan kuantiti standardnya. Semuanya melalui proses yang sangat teliti untuk memastikan kualiti yang berterusan.
  • safety- Nu Skin melakukan kajian demi kajian keselamatan yang ektensif untuk memastikan kualiti keselamatan yang tinggi. Dari ujian gred farmaseutikal untuk mengesan kewujudan microbes atau bahan2 terlarang dijalankan dari mula hingga akhir proses penghasilan produk.
  • substantiation- semua kebaikan produk memang telah dibuktikan melalui kajian pra-klinical dan klinikal yang didokumenkan, bukan hanya cakap2 promosi sahaja! Kalau pelanggan tak berpuas hati, pakar2 akan tunjukkan buktinya. Inilah yang membezakan syarikat ini berbanding syarikat lain.


Banyak lagi sebab kenapa saya pilih untuk bekerja bersama Nu Skin dan menggunakan produk Nu Skin. Nak tau lebih2 lagi sila rajinkan diri anda ke official website www.nuskin.com. A-Z ada, siap dengan katalog produk dengan harga2nya sekali. :)



Wednesday 27 March 2013

TIps cantik yang mudah

Ada macam2 cara nak mencantikkan diri, baik dari segi luaran or dalaman. Ada cara tradisional dan ada cara moden. Ada mahal ada yang murah. It depends, atas kehendak kita. Saya godek2 tips2 kecantikan dan terjumpa tips ni yang bagi saya agak menarik sebab simple, murah dan selamat. Lagipun ia disyorkan pakar2 kecantikan. Harap dapat membantu!






#1. mandi susu dan madu: kenapa susu? sebab ia mangandungi asid lactic yang secara semulajadi melembutkan kulit. Kalau rasa membazir nak tuang satu tab mandi dengan susu, boleh juga guna semangkuk susu untuk rendam kaki atau tangan sahaja, ataupun campurkan secawan dua susu ke dalam air mandian anda. Jangan lupa tambahkan beberapa sudu teh madu yang berkesan sebagai anti-bakteria. 



 


#2. bayam dan salad- bunyinya klise aje kan..lagi2 sayur2an. Tapi tunggu, nak cantik, kan? Amalkan pemakanan banyak sayur bayam dan salad sayur2an. Tambahkan juga timun dan tomato. Hasilnya, kurangkan kedutan dan sihatkan rambut serta kuku! 






#3. lemon dan teh- ramuan ni boleh kurangkan masalah rambut berminyak. jangan risau, Limau berfungsi sebagai astringen yang hebat tetapi tidak merosakkan keseimbangan pH rambut dan kulit kepala ok..Jadi, jangan risau.Perahkan lemon kedalam teh kemudian bilas rambut anda dengannya!





#4. minyak zaitun- ni untuk yang berambut kerinting, yang jenis susah nak manage. Senang je, campurkan sedikit minyak zaitun dengan styling cream anda, pastu lumurkan kat rambut. nescaya testur rambut menjadi licin dan nampak berkilau macam iklan syampoo. selain untuk rambut, antara kelebihan minyak zaitun ialah, untuk lembapkan kulit, tak perlu guna lotion mahal2. lepas mandi sapukan ke seluruh badan kemudian lap dengan tuala lembap. minyak zaitun pun boleh guna untuk tanggal mekap mata.






#5.Uncang teh chamomile- gunakan uncang ketika suam untuk merawat bintik gatal-gatal di muka, dan ketika sejuk untuk mengurangkan bengkak/ sembab mata.



Selamat mencuba!

Saturday 23 March 2013

Cantik

Assalamualaikum..

Hi si cantik! 

Impaknya woww kan, bila orang puji kita cantik. Walaupun hanya dalam hati, tapi mungkin kita pun tak perasan bahawa hidung kita punyalah kembang bila ada orang cakap macam tu. Muka cover tapi..hehe.dalam hati kembang setaman. Nak2 yang puji kita tu pulak orang yang kita suka, yang kita sayang, yang memang kita ternanti2 pujian dari mulut dia selama ni. Sapa tak suka kena puji? Saya suka, saya mengaku tapi biarlah pujian tu kena pada tempatnya. Kalau setakat puji ada udang sebalik batu..ermm boleh jalan. Bo layan eh.

Saya ingat masa saya mengandung dulu, badan kembang macam tong. Hidung pulak macam jambu air. memang lain sangat. Memang fail nak bergaya, entah apa2 je saya pakai asalkan selesa. perut taklah besar sangat, dah masuk 6 bulan baru nampak baby bump sikit2.Mungkin sebab saya curvy, memang tembam sebelum preggy lagi. So tak nampak sangat cuma muka sembab. Lepas bersalin, dalam pantang  juga badan kembali susut, muka pun berubah normal dari saiz pinggan ke saiz piring. Menyusu badan 100%, everything back to normal kecuali body shape. Nak2 tang perut tu..aduhai..

Tapi saya masih percaya saya cantik. Jika tak rupa luaran pun, saya percaya hati saya masih cantik. Masih berperikemanusiaan, masih ada pegangan. Saya berdoa semoga sentiasa rendah hati, baik budi walaupun saya tahu, im far from perfect. Blog ni adalah medium saya untuk berkongsi cerita, berniaga dan bertukar2 tips tentang kecantikan. Anything related to beauty. 

Cantik, walau dari aspek mana sekalipun, buat saya tersenyum dan berkeyakinan. Tak semestinya rupa cantik menawan, montel macam saya pun boleh cantik jugak..Bagi saya, semua orang boleh cantik dengan cara mereka sendiri. Bukan sebab baju mahal mekap tebal, tapi sebab percaya diri. Percayalah kalau kita tepek mekap MAC ke, Bobbi Brown ke tapi kita tak rasa kita cantik, memang kita takkan jadi cantik.Jangan fikir sangat kritikan orang pasal kulit kita gelap, muka kita bulat atau badan kita tembam sekalipun sampai lupa nak hargai diri sendiri! Be yourself and proud with it.

Jom sama2 jadi cantik!!!!!!!!