Thursday 11 April 2013

Cara Lambatkan Penuaan

Assalamualaikum...



Saya selalu dengar orang cakap, 'ajal maut di tangan tuhan, nak mati kat mana pun tetap mati, mana boleh tangguh2.' Ya, saya sangat setuju dengan kenyataan tersebut. Betul, soal mati bukan di tangan kita. Muda mati tua pun mati jika sudah sampai waktunya. Tapi soal sihat memang ya. Kalau tua pun, biarlah tua dengan sihat. Bukan tua dengan penyakit.Tubuh ini amanah kepada kita untuk menjaganya. Kalau kita gagal menjaganya, kita aniaya tubuh kita dengan membiarkannya sakit, apakah amanah namanya tu?
Kita tak boleh lambatkan kematian tapi sudah tentu kita boleh lambatkan penuaan. Bagaimana?

#1 -Mindset


Mindset/pemikiran merupakan perkara asas dalam menentukan tindakan seseorang. Contohnya seorang pesakit yang didiagnosis menghidap kanser asyik berfikir dia akan mati, adakah dia akan berusaha mencari jalan menyembuhkan penyakitnya? Pasti tidak, sebab dia berputus asa dan menyebabkan kesihatannya lebih cepat merosot berbanding sebaliknya. Begitulah dengan penuaan, apakah mindset kita tentang proses  penuaan? adakah kita akan rasa bila kita tua hidup dah tak bermakna, semua jadi kurang seronok berbanding semasa masih muda remaja?Maka kita biarkan sahaja proses penuaan berlaku dan hanya berserah keadaan kesihatan diri kepada takdir semata2? Atau adakah kita cukup positif membayangkan kita akan melalui proses penuaan dengan gembira, cukup sihat untuk menghabiskan hari tua dengan anak cucu? tepuk dada tanyalah selera. Jawablah soalan itu dengan jujur, kepada diri anda sendiri. Ubahlah pemikiran anda, anda akan ubah masa depan anda.

#2 -Gaya hidup aktif



Orang sihat memang bersenam.Itu fakta. Orang paling gemuk didunia pun kerjanya duduk/tidur dan makan. Nak bangun atau bergerak memang payah, samaada sebab terlalu besar atau sebab malas. Mesin pun kalau lama sangat tak digunakan berkarat jugak.Pergilah beriadah, luangkan masa untuk diri sendiri. Jika rasa tak cukup masa nak berjogging atau pergi gym, berlari2 anak atau berjalan laju masa buat aktiviti harian pun membantu. Cuma janganlah berlari bila pakai heels berinci2 ya, nanti lain pulak jadinya.

#3 -Pemakanan




Untuk melambatkan penuaan memang pemakanan memberikan impak yang besar. Di entri yang lepas saya tulis gula merupakan antara sebab penuaan kan? Tabiat kita memang suka kepada yang manis2. Suka kopi, suka kek, kuih muih dan pelbagai makanan manis. Untuk masa depan anda, kurangkan manis dalam makanan hari ini boleh menambah manis di wajah anda 5-10 tahun akan datang. Makanlah banyak makanan yang mengandungi antioksidan seperti sayur2an.  antioksidan membantu melawan kesan radikal bebas yang terkandung dalam tubuh anda dari persekitaran. bagi yang kurang pengambilan sayur2an yang mengandungi vitamin dan mineral, tambahkan suplemen dalam diet harian anda. 

#4 -Stress


Saya nak berkongsi sedikit pengalaman saya tentang stress. Saya pernah bekerja di kilang elektronik sebagai penyelia. Rata-rata rakan sejawat berlainan department lebih kurang sebaya dengan saya, 20an ( masa tu tahun 2009). Kami hidup tiap2 hari dengan tekanan yang amat hebat untuk capai target yang diberikan. Jika tak capai target dari bos sampai operator kena jawab. Yang paling teruk kena jawab adalah penyelia sebab kami orang tengah antara pihak atasan dengan operator. Kami stress sampai jatuh sakit. Ramai teman2 sejawat nampak jauh lebih tua dari usia sebenar, termasuklah saya pada masa tu. Saya beruban! Muda2 dah ada darah tinggi dan macam2 penyakit. Lihat macam mana stress merosakkan hidup? Bila saya berhenti kerja di kilang, hidup saya perlahan2 berubah. Tangani stress, dan bagi saya secara peribadi, solat adalah penawar terbaik.

#5 -Tidur


Kajian membuktikan, tidur yang nyenyak dan berkualiti ( bukan tidur lama2 ya) membantu tubuh badan kita untuk membaikpulih 'kerosakan' dan re-charge tubuh kita. Tidur yang nyenyak juga boleh membantu memulihkan masalah mental dan emosi. Saya bila tertekan, antara cara nak stabilkan minda, saya tidur! Kalau selalu kurang tidur, jangan terkejut jika berat badan anda naik ya!

Monday 8 April 2013

Bila Kita Mula TUA


Assalamualaikum...


Age is always a secret bagi sesetangah orang. Khususnya kaum perempuan. Yup. Ramai yang sensitif bila ditanya tentang umur, lagi2 yang dah menginjak usia. Kalau wajah masih cantik, 50an masih macam 30an, memang dengan bangganya kita akan cakap umur kita. Orang tak tanya pun boleh bagitau. Kita bangga bila nampak muda dari usia. kita bimbang jika ada kedut2 mula kelihatan di wajah. 

Orang cakap saya masih muda, apa yang nak dirisaukan. Serius saya cakap, saya wajib risau. Sebab saya sayangkan suami saya (sambil senyum). Sebab apa? Pertamanya, sebab dia suami saya. Kedua, sebab dia lebih muda dari saya. Ketiga, saya tak sanggup hatinya berubah ke arah yang lain selain saya. Kita tak boleh tipu diri dengan mengatakan faktor luaran tak penting dalam menambat hati suami. Saya tidak menidakkan yang halal (poligami) tetapi saya juga belum ada kekuatan untuk menghadapinya. Mohon dijauhkanlah orang ketiga dari hidup kami. Amin. 
Annete Larkins



Ok berbalik kepada topik tadi. Penuaan. Cuba anda tengok gambar perempuan di atas. Agak2 berapa umur beliau? Kalau sekali tengok macam 40an kan? Sebenarnya beliau dah pun 70an! Tak percaya? Ini kisah benar. Boleh google tentang Annete Larkins. Beliau sangat jaga pemakanan dan tidurnya. Tanam sayur sendiri, tak makan daging (vegetarian) dan hanya makan buah, sayur dan kekacang sahaja. Anda mampu? Saya pun belum tentu mampu.

Sebenarnya takde umur spesifik bila kita mula aging. Penuaan bukan hanya pada kulit saja, seluruh tubuh, malah organ dalaman juga menua. Orang yang jaga kesihatannya dari awal, bersenam dan makan makanan berkhasiat mungkin lebih lambat penuaannya berbanding mereka yang malas nak angkat punggung untuk bersenam, ditambah dengan stress sebab kerja dan rumah dicampur aduk bersama. 

4 sebab utama proses penuaan berlaku:

#1-Pengoksidaan (oxidation) -pengoksidaan adalah kerosakan dari radikal bebas yang boleh memberi kesan kepada kehidupan seks anda, rupa kulit anda dan keadaan otak anda.
#2-Keradangan (inflammation) -ini merupakan titik permulaan untuk penyakit jantung dan merupakan faktor utama serangan Alzheimer, demensia, obesiti, diabetes dan kanser.Antara sebabnya ialah kurang tidur atau tidur tidak berkualiti.
#3-Tekanan- stress menyebabkan badan anda bertindak untuk melepaskan hormon (seperti kortisol), boleh mengecutkan hippocampus, yakni kawasan penting dalam otak yang terlibat dalam ingatan dan pemikiran.
#4-Gula- gula dalam saluran darah melekat pada protein dan membentuk molekul merbahaya yang dinamakan advanced glycation. Molekul ini akan merosakkan protein yang lain termasuklah elastin dan kolagen yang berfungsi menegangkan kulit. Bila kolagen kurang, anda pun makin cepatlah tua.  

Sekadar info. :) Bila badan sihat, lebih tenaga untuk beramal dan beribadah dengan selesa.

Friday 5 April 2013

Re-set usia anda - ageLoc and genes


Assalamualaikum...



Saya tahu anda semua hebat2 dan bijak belaka. Ramai yang mungkin dah tahu apa itu genes atau bahasa melayu nya gen kan? Tapi tak apa, sekadar sharing info, tak salahkan sama2 kita belajar tentang teknologi genom ni. Sila betulkan saya jika tersalah ye.

Apa itu genes?




Gen merupakan segmen DNA yang terletak di kromosom. Gen wujud dalam bentuk alternatif yang dipanggil alel. Alel menentukan ciri-ciri yang berbeza yang boleh dipindahkan dari ibu bapa kepada anak-anak. Contoh, warna mata dan jenis rambut. Penemuan gen dipelopori oleg Gregor Mendel pada tahun 1857. (lama kan?)



Dengan berbekalkan 30 tahun penyelidikan dalam bidang genomik, Nu Skin telah berjaya menjadi trend yang jauh lebih terkehadapan berbanding jenama lain dalam teknologi anti penuaan. Bersama dengan syarikat LifeGen yang telah menjalankan kajian selama 30 tahun, terbukti struktur genes yang berubah bila kita semakin tua boleh di 'tune'kan semula agar kembali kepada keadaan asal semasa muda.
Menjelang tahun 2003, seluruh genom manusia telah disusun, atau dinyahkod. Manusia mempunyai di antara 20,000 dan 30,000 gen. Kira-kira satu persepuluh daripada gen terlibat dalam ekspresi dan perubahan corak ekspresi gen berubah seiring meningkatnya umur kita. Gen yang telah dinyatakan pada kadar yang rendah semasa kita masih muda mungkin meningkat apabila kita lebih berusia, manakala gen yang selebihnya akan semakin berkurang. 


Ya memang, para saintis yang hebat2 telah mempunyai akses kepada genom manusia sejak lama dulu, namun penemuan sains ageLOC telah membuka lembaran baru dalam sejarah dan memberikan kita keupayaan untuk mentafsir genom manusia dengan cara yang bermakna untuk membangunkan teknologi anti-penuaan. Pernahkah anda dengar genes boleh di re-set dan diperbaiki? Memang boleh, di Nu Skin! Produk Nu Skin bukan hanya bertindak di permukaan kulit tapi sampai ke gen anda!





genes cluster

Kalau anda masih kurang faham, saya umpamakan gen ni macam satu kumpulan orkestra. Bila dah lama sangat bermain alat muzik tanpa henti, bunyinya pun akan mula sumbang dan tak smooth kan? Kenala 'tune' kan balik agar muziknya sedap didengar macam mula2 dimainkan. Macam tu lah genes. Dengan teknologi  gene expression modulation ageLoc dari Nu Skin , ia akan memperbaiki gen anda sehingga 92% lebih muda mengikut keadaan gen anda. Sebab tu jangan terkejut macam mana kakak2 or abang2 yang dah berusia 50an boleh nampak macam 30an dengan menggunakan produk ageLoc dari Nu Skin ni. 

Inilah anti-penuaan sebenar ye! :)