Friday 24 January 2014

Profile Bisnes Baru

Assalamualaikum...

Wow...lama sangat dah tak jenguk blog ni..hehe..masih nak cerita tentang kecantikan?Tak kot, off sekejaplah sebab kali ni saya nak cerita tentang bisnes baru yang saya usahakan bersama suami dan adik.
well, it is not a big business after all, but for sure it is a serious one. Walau kecil2an tapi kami ada visi dan misi gtu. :-)

Saya memang dah lama minat menjahit sejak kecil lagi sebab selalu tengok arwah nenek menjahit, masa tu arwah menjahit dengan tangan saje, kami sekeluarga tak mampu nak beli mesin jahit. Arwah nenek selalu jahit patchwork untuk buat selimut. Patchwork ni adalah sejenis seni jahitan kain yang dicantum2 macam contoh kat bawah ni.


Seingat saya masa zaman kanak2 kalau pergi ke rumah jiran sekampung, mesti nampak dorang letak patchwork dalam bilik tidur, bukan saja sebagai cadar/selimit tp sebagai penutup siling. Yelah org dulu2 mana ada siling moden macam sekarang, rumah kampung bertutup atap nipah atau zink aje. Jadi masa tu saya anggap mereka tutup dengan kain pathwork ni mungkin sebab nak elak  habuk atau serangga jatuh ke tilam kot (anggapan je). Hehe.

Berbalik kepada cerita menjahit, saya mula menjahit masa kanak2 lah..sebab nak tiru arwah nenek. Sampaila sekarang saya masih suka menjahit walaupun tak pernah pergi kelas jahitan. Jahitan saya taklah kemas mana pun, tapi boleh jugak buat langsir rumah mak tiap2 kali dia tukar. Kami tak pernah tempah.

Nak dijadikan cerita, lepas saya berhenti kerja dan jadi housewife, mertua saya selalu tanya apa next plan..apa saya nak buat selain menjadi housewife sepenuh masa. Sebab zaman kini surirumah ada pelbagai skill, macam2 boleh buat. Boleh belajar baking, menjahit, buat kuih, macam2 lah. Semua boleh online. Jadi saya fikir2 selain buat Nu Skin, saya minat jahitan dan solekan. Saya suka jahit manik dan apa2 yang berkaitan dengan jahitan. Saya suarakan kat suami nak pergi kelas jahitan. Unfortunately suami tak berapa setuju sebab anak kecil lagi katanya.Hmm...saya fikir lagi apa cara nak berniaga tapi anak masih keutamaan saya..Tada...muncullah idea nak jadi pereka! Alhamdulillah suami setuju tapi kenalah usaha cari tukang jahit yang pro, supaya jahitannya cantik dan kemas.

Disebabkan suami lebih pandai manage kewangan so saya biarkan dia handle akaun, dengan sedikit modal permulaan from our saving. RM5,000 saje,hehe..sebab nak mula kecil2an. Tapi cukuplah nak beli kain dan upah..plus banyak lagi lebih nak buat promotional things.

Marketing memang core dalam bisnes, kena orang yg pandai menarik perhatian pelanggan. Since  saya ni memang out kalau bergaya depan kamera, kayu macam batang pisang hendaknye so kami ajak adik saya Suria atau nama timangannya Manje untuk join dan buat marketing secara online. Dia lagi gila berfesyen dan berani. Macam ni..huh sumpah saya memang takkan pakai shawl macam tu!Haha..


So..saya jadi apa?Hm..disebabkan idea fesyen ni dari saya, maka saya akan handle operation..dari bab pemilihan fabrik, rekaan (bersama other team members) sampaila ke tempahan. In Sha Allah kami masih baru nak merangkak..syarikat pun belum daftar lagi..memang nak buat sampai jadi. Amin.