Monday 24 February 2014

Produk Super?

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak mentari panas menggigit ni selalu saja rasa cepat letih. Suami asyik bebel air minum tak cukup 3 liter. Fuh...3 liter. Tiap2 hari kena bebel bila kita baru nak mengadu letih ke apa. Padankan muka. Salah siapa?

Semalam ( Actually dah pagi) melayan seorang bakal pelanggan Nu Skin yang ada masalah kulit. Dah macam pakar kecantikan saya rasa.Hehe. Saya cuma share apa yang saya tahu dan alami sendiri. Lebih dari tu, saya tak berani janji bulan dan bintang kalau saya tahu saya tak mampu berikan. Setakat review produk, In Sha Allah. 

Saya perasan banyak betul produk kecantikan dan kesihatan di pasaran sekarang. Ya pastilah masing2 berlumba nak tunjukkan testimoni pelanggan, yang cepat putih, cepat kurus, yang boleh nampak macam artis, yang 'sulit' pun ada, macam2 lah. Saya selalu senyum sendiri. Pasaran produk kecantikan online memang macam cendawan tumbuh selepas hujan. Bukan main rancak. Cuma yang saya agak hairan, ada sesetangah tu berani betul menjanjikan apa yang agak 'luarbiasa' bagi saya. Contohnya segala penyakit boleh sembuh kalau amalkan produk tersebut, yang muka tua boleh jadi anak dara. Semua pakai produk saja. Seolah2 tak perlu buat apa2 selain pakai produk tu saja. Super benar produknya. Hmm..speechless saya. 

Saya selalu bimbang nak menegur, almaklum ilmu berniaga tak seberapa. Mengaji di Sintok dulu pun bukan depa ajar cara nak jadi kaya. Namun syukur alhamdulillah ada lah rezeki anak, kecil2 bisnes kami ada juga hasilnya. Saya berniaga ikut prinsip. Macam saya kata tadi, no bulan no bintang. Kalau tak boleh saya kata tak boleh. Yelah, kalau ada yang datang pada saya tanya bolehke pesakit kanser stage 4 sembuh makan suplement Nu Skin (Pharmanex)  semata2, dah tentu saya kata tak. Melainkan dengan izin Allah, keajaiban boleh berlaku dengan kehendakNya. Ajal maut sakit sembuh di tanganNya. Selain makan suplement, pastilah rawatan khusus oleh doktor2 perubatan diperlukan nak merawat penyakit kanser. Masakan saya sebagai pengedar perseorangan ni boleh beri jaminan anda akan sembuh andai makan suplement yang saya cadangkan, ye tak?

Apapun, masing2 punya cara punya pegangan. Saya tak berhak menghalang apa yang orang lain nak cakap. Semua terpulang kepada bakal pembeli. Buatlah sedikit kajian, google or carilah maklumat sebelum buat apa2 pembelian. Lagi2 secara online. Pernah dengar kata orang ' we are what we eat'? :)

Wasalam.







Saturday 15 February 2014

Pasaran Nu Skin

Assalamualaikum..

Mata tak boleh lelap pagi ni, tunggu si suami pulang tapi bila dia dah berdengkur kita masih terkebil2. Dalam golek2 tu dapat pulak ilham nak buat entri baru.This time, nak cerita tentang cabaran perniagaan yang saya sedang usahakan.

Alhamdulillah walau belum launch koleksi pertama #SoulART, sudah pun ada pembelinya. Memang tak sangka, tapi itulah rezeki. Alhamdulillah. Satu lagi bisnes sy Nu Skin, kebelakangan ni macam left out, sebab kami banyak fokus kepada SoulArt, jenama hijab dan busana muslimah kami sendiri. Hmmm...namun kami berdua (me and hubby) masih terima komisyen tiap bulan hasil pembelian tegar para peminat Nu Skin. Hehe. Again, alhamdulillah walau tak sebanyak semasa aktif.

Saya akui memang saya lebih kepada penjualan, bukan kepada mengembangkan network dengan menambah ahli. Kenapa? Sebab saya lebih suka pengguna Nu Skin sendiri yang offer diri nak jadi pengedar, bukan semata2 nak buat MLM dan jadi kaya tapi takde knowlegde dan pengalaman tentang kehebatan produknya. Barisan produk Nu Skin samada produk kecantikan atau suplementnya memang mahal, namun hasilnya saya tak boleh nak nafikan sememangnya hebat! Sebab apa, sebab saya pengguna tegar Nu Skin. Dari pencuci muka, losyen tangan, krim pelangsing, mesin Galvanic Spa, LifePak (suplement), memang saya guna. Saya boleh cerita dengan jujur apa yang saya guna, saya lebih yakin berbanding guna testimonial org lain semata2.

 Selalunya bila ada yg bertanya produk apa saya guna untuk dapatkan flawless look tanpa makeup, saya akan cakap, Nu Skin. Memang saya takde campur produk lain. Tp bila sebut harga, ramai yang terus buat judgment, ala mahal sangat lah..tak mampu etc. Ok, saya faham anda sayang duit rasa nak beli produk yg relatively mahal sedikit dari produk biasa kat farmasi or supermarket. Tp pernah tak fikir kesan produk ni berlipat kali ganda dari produk biasa so called jimat duit yg anda laburkan tiap2 bulan?

Saya ambil contoh ya, sekarang ni saya menggunakan set Nutricentials. Saya tak lagi guna rangkaian ageLOC Secret of Youth selepas tempoh 3 bulan sebab kulit saya dah ditransformasikan. Set nutricentials ni lebih murah berbanding ageLOC Secret of Youth, boleh dianggap set paling basic. Pencucinya (150ml) sebotol berharga RM127.00. Berapa lama sebotol saya gunakan? Kalau saya tibai banyak2, boleh tahan dua bulan. Kalau sekali cuci tuangkan sebesar jari kelingking, cuci dua kali sehari boleh tahan sampai 3 bulan! Bahagikan RM127/3=RM42.33! So anda masih lagi rasa mahal? Fikirkan. Produk Nu Skin dihasilkan oleh saintis ternama, bukan seorang dua tapi lebih dari 100 orang saintis sebenar! Saya tak pernah buat facial di salon. Alhamdulillah, saya takde masalah kulit tak sekata dan seumpamanya. Jerawat jangan cakaplah...seiring umur meningkat ni memang dah lama takde.

Saya seringkali terdengar Nu Skin ni pasaran masyarakat Cina. Oh why our people have that kind of mindset? Sebab produknya mahal? Tapi kenapa mereka masih beli dan guna setiap bulan kalau tak berkesan ya?Umum tau, masayarakat Cina sangat mementingkan kesihatan. Sangat ya? Itu benar. Tengok ginsengnya, gingkonya, sup bermacam jenis. Namun mereka tak ralat, sebab mereka tahu 'pulangan' dari pelaburan kesihatan tak boleh ditukar ganti. Orang kita lebih suka produk murah, kalau boleh nak yang RM10, tapi mengharap kesannya macam yang harga RM100. Iyelah siapa yang taknak produk murah tp hasil gempak kan. Tapi, pernah fikir kesan jangka panjang? Side effect? Ada kajian komprehensif ke sebelum produk dipasarkan?Berbaloi ke setiap ringgit dilaburkan? Bagi saya, RM1 pun saya keluarkan dari poket, saya akan pastikan ia berbaloi.

Renung2kan.