Sunday, 12 October 2014

Princess Sofia



Assalamualaikum...

Lama bebenar mendiamkan diri, huh. kebelakangan ini sejak menggantikan salah seorang satff papa yang cuti bersalin, jarang benar ada masa nak melayan tangan menaip. Update customer pun melalui hp sahaja. Tapi saya lebih suka menggunakan laptop berbanding telefon jika ingin menaip, rasanya lebih puas dan idea lebih banyak datang mencurah.

Ok. Bagaimana dengan bisnes Nu Skin saya sejak 2 menjak ini? alhamdulillah, ada saja pembeli walaupun saya dan suami masing-masing kurang fokus, lebih2 lagi suami sejak menyambung pengajian. mana nak kejar kerja dan study pada masa yang sama. Namun alhamdulillah rezeki tidak putus. Syukur hanya kepadaNYA. 

Sejak bekerja  setelah lama memerap di rumah sebagai menteri rumahtangga (2 tahun), saya rasa sedikit kekok. Tambahan pulak rasa sukar nak berpisah dengan Sofia. Mula2 hantar ke taska tapi selepas genap seminggu Sofia dijangkiti HFMD. Penyakit  tangan kaki dan mulut. Demamnya tinggi, ada lelepuh kecil di tangan dan kaki, memang kesian. Mujur mama (mak mertua) saya yang sendiri merawat Sofia. Kuarantin seminggu di rumah. Sebaik sembuh masih hantar ke taska sama. Demam lagi lepas sehari hantar. Dari pagi sampai ke petang menangis tak sudah Sofia memang tak suka taska, pendek kata memang tak boleh berpisah dengan Umminya ini. Dia jadi murung dan traumatized. Pantang saya bergerak ke mana2 dia akan menangis. Sudahnya demam lagi sebab dehydrate.  Tak mau makan dan minum. Saya tak salahkan taska 100%, mana diorang nak menang tangan jaga 50 budak pada satu masa. Ibu2 seharusnya jaga sendiri anak masing2, apakan daya jika ada halangan dan ibu2 perlu keluar bekerja. Saya faham itu. Saya berhentikan Sofia, tak sanggup tengok dia begitu. Jadi diam dan tak mahu bercakap.

Selepas bincang dengan suami, saya gagahkan diri bawak sofia ke opis. Mujur Papa (pak mertua) faham dan mengizinkan. Sebulan Sofia jadi pembantu pejabat cilik. Dia dah kembali ceria, malah makin macam2 karenahnya. Tak lama lagi staff papa yang cuti bersalin akan kembali bekerja jadi saya putuskan untuk hantar Sofia ke pengasuh. Kebetulan memang sangat dekat dengan tempat kerja. selang serumah saja. In Sha Allah saya harapkan Sofia akan dijaga dengan baik dan akan dikasihi seadanya. Risau tetap ada. Saya hanya mampu berserah. Kata suami jika masih tak ok, elok saya berhenti dan sambung jadi menteri rumahtangga. Buat bisnes online dan fokus 100%. Saya senyum. Setuju!!! :)





No comments:

Post a Comment