Assalamualaikum..
Hi si cantik!
Impaknya woww kan, bila orang puji kita cantik. Walaupun hanya dalam hati, tapi mungkin kita pun tak perasan bahawa hidung kita punyalah kembang bila ada orang cakap macam tu. Muka cover tapi..hehe.dalam hati kembang setaman. Nak2 yang puji kita tu pulak orang yang kita suka, yang kita sayang, yang memang kita ternanti2 pujian dari mulut dia selama ni. Sapa tak suka kena puji? Saya suka, saya mengaku tapi biarlah pujian tu kena pada tempatnya. Kalau setakat puji ada udang sebalik batu..ermm boleh jalan. Bo layan eh.
Saya ingat masa saya mengandung dulu, badan kembang macam tong. Hidung pulak macam jambu air. memang lain sangat. Memang fail nak bergaya, entah apa2 je saya pakai asalkan selesa. perut taklah besar sangat, dah masuk 6 bulan baru nampak baby bump sikit2.Mungkin sebab saya curvy, memang tembam sebelum preggy lagi. So tak nampak sangat cuma muka sembab. Lepas bersalin, dalam pantang juga badan kembali susut, muka pun berubah normal dari saiz pinggan ke saiz piring. Menyusu badan 100%, everything back to normal kecuali body shape. Nak2 tang perut tu..aduhai..
Tapi saya masih percaya saya cantik. Jika tak rupa luaran pun, saya percaya hati saya masih cantik. Masih berperikemanusiaan, masih ada pegangan. Saya berdoa semoga sentiasa rendah hati, baik budi walaupun saya tahu, im far from perfect. Blog ni adalah medium saya untuk berkongsi cerita, berniaga dan bertukar2 tips tentang kecantikan. Anything related to beauty.
Cantik, walau dari aspek mana sekalipun, buat saya tersenyum dan berkeyakinan. Tak semestinya rupa cantik menawan, montel macam saya pun boleh cantik jugak..Bagi saya, semua orang boleh cantik dengan cara mereka sendiri. Bukan sebab baju mahal mekap tebal, tapi sebab percaya diri. Percayalah kalau kita tepek mekap MAC ke, Bobbi Brown ke tapi kita tak rasa kita cantik, memang kita takkan jadi cantik.Jangan fikir sangat kritikan orang pasal kulit kita gelap, muka kita bulat atau badan kita tembam sekalipun sampai lupa nak hargai diri sendiri! Be yourself and proud with it.
Jom sama2 jadi cantik!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment