Ada macam2 cara nak mencantikkan diri, baik dari segi luaran or dalaman. Ada cara tradisional dan ada cara moden. Ada mahal ada yang murah. It depends, atas kehendak kita. Saya godek2 tips2 kecantikan dan terjumpa tips ni yang bagi saya agak menarik sebab simple, murah dan selamat. Lagipun ia disyorkan pakar2 kecantikan. Harap dapat membantu!
#1. mandi susu dan madu: kenapa susu? sebab ia mangandungi asid lactic yang secara semulajadi melembutkan kulit. Kalau rasa membazir nak tuang satu tab mandi dengan susu, boleh juga guna semangkuk susu untuk rendam kaki atau tangan sahaja, ataupun campurkan secawan dua susu ke dalam air mandian anda. Jangan lupa tambahkan beberapa sudu teh madu yang berkesan sebagai anti-bakteria.
#2. bayam dan salad- bunyinya klise aje kan..lagi2 sayur2an. Tapi tunggu, nak cantik, kan? Amalkan pemakanan banyak sayur bayam dan salad sayur2an. Tambahkan juga timun dan tomato. Hasilnya, kurangkan kedutan dan sihatkan rambut serta kuku!
#3. lemon dan teh- ramuan ni boleh kurangkan masalah rambut berminyak. jangan risau, Limau berfungsi sebagai astringen yang hebat tetapi tidak merosakkan keseimbangan pH rambut dan kulit kepala ok..Jadi, jangan risau.Perahkan lemon kedalam teh kemudian bilas rambut anda dengannya!
#4. minyak zaitun- ni untuk yang berambut kerinting, yang jenis susah nak manage. Senang je, campurkan sedikit minyak zaitun dengan styling cream anda, pastu lumurkan kat rambut. nescaya testur rambut menjadi licin dan nampak berkilau macam iklan syampoo. selain untuk rambut, antara kelebihan minyak zaitun ialah, untuk lembapkan kulit, tak perlu guna lotion mahal2. lepas mandi sapukan ke seluruh badan kemudian lap dengan tuala lembap. minyak zaitun pun boleh guna untuk tanggal mekap mata.
#5.Uncang teh chamomile- gunakan uncang ketika suam untuk merawat bintik gatal-gatal di muka, dan ketika sejuk untuk mengurangkan bengkak/ sembab mata.
Selamat mencuba!
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment