Monday, 8 April 2013

Bila Kita Mula TUA


Assalamualaikum...


Age is always a secret bagi sesetangah orang. Khususnya kaum perempuan. Yup. Ramai yang sensitif bila ditanya tentang umur, lagi2 yang dah menginjak usia. Kalau wajah masih cantik, 50an masih macam 30an, memang dengan bangganya kita akan cakap umur kita. Orang tak tanya pun boleh bagitau. Kita bangga bila nampak muda dari usia. kita bimbang jika ada kedut2 mula kelihatan di wajah. 

Orang cakap saya masih muda, apa yang nak dirisaukan. Serius saya cakap, saya wajib risau. Sebab saya sayangkan suami saya (sambil senyum). Sebab apa? Pertamanya, sebab dia suami saya. Kedua, sebab dia lebih muda dari saya. Ketiga, saya tak sanggup hatinya berubah ke arah yang lain selain saya. Kita tak boleh tipu diri dengan mengatakan faktor luaran tak penting dalam menambat hati suami. Saya tidak menidakkan yang halal (poligami) tetapi saya juga belum ada kekuatan untuk menghadapinya. Mohon dijauhkanlah orang ketiga dari hidup kami. Amin. 
Annete Larkins



Ok berbalik kepada topik tadi. Penuaan. Cuba anda tengok gambar perempuan di atas. Agak2 berapa umur beliau? Kalau sekali tengok macam 40an kan? Sebenarnya beliau dah pun 70an! Tak percaya? Ini kisah benar. Boleh google tentang Annete Larkins. Beliau sangat jaga pemakanan dan tidurnya. Tanam sayur sendiri, tak makan daging (vegetarian) dan hanya makan buah, sayur dan kekacang sahaja. Anda mampu? Saya pun belum tentu mampu.

Sebenarnya takde umur spesifik bila kita mula aging. Penuaan bukan hanya pada kulit saja, seluruh tubuh, malah organ dalaman juga menua. Orang yang jaga kesihatannya dari awal, bersenam dan makan makanan berkhasiat mungkin lebih lambat penuaannya berbanding mereka yang malas nak angkat punggung untuk bersenam, ditambah dengan stress sebab kerja dan rumah dicampur aduk bersama. 

4 sebab utama proses penuaan berlaku:

#1-Pengoksidaan (oxidation) -pengoksidaan adalah kerosakan dari radikal bebas yang boleh memberi kesan kepada kehidupan seks anda, rupa kulit anda dan keadaan otak anda.
#2-Keradangan (inflammation) -ini merupakan titik permulaan untuk penyakit jantung dan merupakan faktor utama serangan Alzheimer, demensia, obesiti, diabetes dan kanser.Antara sebabnya ialah kurang tidur atau tidur tidak berkualiti.
#3-Tekanan- stress menyebabkan badan anda bertindak untuk melepaskan hormon (seperti kortisol), boleh mengecutkan hippocampus, yakni kawasan penting dalam otak yang terlibat dalam ingatan dan pemikiran.
#4-Gula- gula dalam saluran darah melekat pada protein dan membentuk molekul merbahaya yang dinamakan advanced glycation. Molekul ini akan merosakkan protein yang lain termasuklah elastin dan kolagen yang berfungsi menegangkan kulit. Bila kolagen kurang, anda pun makin cepatlah tua.  

Sekadar info. :) Bila badan sihat, lebih tenaga untuk beramal dan beribadah dengan selesa.

No comments:

Post a Comment