Thursday, 11 April 2013

Cara Lambatkan Penuaan

Assalamualaikum...



Saya selalu dengar orang cakap, 'ajal maut di tangan tuhan, nak mati kat mana pun tetap mati, mana boleh tangguh2.' Ya, saya sangat setuju dengan kenyataan tersebut. Betul, soal mati bukan di tangan kita. Muda mati tua pun mati jika sudah sampai waktunya. Tapi soal sihat memang ya. Kalau tua pun, biarlah tua dengan sihat. Bukan tua dengan penyakit.Tubuh ini amanah kepada kita untuk menjaganya. Kalau kita gagal menjaganya, kita aniaya tubuh kita dengan membiarkannya sakit, apakah amanah namanya tu?
Kita tak boleh lambatkan kematian tapi sudah tentu kita boleh lambatkan penuaan. Bagaimana?

#1 -Mindset


Mindset/pemikiran merupakan perkara asas dalam menentukan tindakan seseorang. Contohnya seorang pesakit yang didiagnosis menghidap kanser asyik berfikir dia akan mati, adakah dia akan berusaha mencari jalan menyembuhkan penyakitnya? Pasti tidak, sebab dia berputus asa dan menyebabkan kesihatannya lebih cepat merosot berbanding sebaliknya. Begitulah dengan penuaan, apakah mindset kita tentang proses  penuaan? adakah kita akan rasa bila kita tua hidup dah tak bermakna, semua jadi kurang seronok berbanding semasa masih muda remaja?Maka kita biarkan sahaja proses penuaan berlaku dan hanya berserah keadaan kesihatan diri kepada takdir semata2? Atau adakah kita cukup positif membayangkan kita akan melalui proses penuaan dengan gembira, cukup sihat untuk menghabiskan hari tua dengan anak cucu? tepuk dada tanyalah selera. Jawablah soalan itu dengan jujur, kepada diri anda sendiri. Ubahlah pemikiran anda, anda akan ubah masa depan anda.

#2 -Gaya hidup aktif



Orang sihat memang bersenam.Itu fakta. Orang paling gemuk didunia pun kerjanya duduk/tidur dan makan. Nak bangun atau bergerak memang payah, samaada sebab terlalu besar atau sebab malas. Mesin pun kalau lama sangat tak digunakan berkarat jugak.Pergilah beriadah, luangkan masa untuk diri sendiri. Jika rasa tak cukup masa nak berjogging atau pergi gym, berlari2 anak atau berjalan laju masa buat aktiviti harian pun membantu. Cuma janganlah berlari bila pakai heels berinci2 ya, nanti lain pulak jadinya.

#3 -Pemakanan




Untuk melambatkan penuaan memang pemakanan memberikan impak yang besar. Di entri yang lepas saya tulis gula merupakan antara sebab penuaan kan? Tabiat kita memang suka kepada yang manis2. Suka kopi, suka kek, kuih muih dan pelbagai makanan manis. Untuk masa depan anda, kurangkan manis dalam makanan hari ini boleh menambah manis di wajah anda 5-10 tahun akan datang. Makanlah banyak makanan yang mengandungi antioksidan seperti sayur2an.  antioksidan membantu melawan kesan radikal bebas yang terkandung dalam tubuh anda dari persekitaran. bagi yang kurang pengambilan sayur2an yang mengandungi vitamin dan mineral, tambahkan suplemen dalam diet harian anda. 

#4 -Stress


Saya nak berkongsi sedikit pengalaman saya tentang stress. Saya pernah bekerja di kilang elektronik sebagai penyelia. Rata-rata rakan sejawat berlainan department lebih kurang sebaya dengan saya, 20an ( masa tu tahun 2009). Kami hidup tiap2 hari dengan tekanan yang amat hebat untuk capai target yang diberikan. Jika tak capai target dari bos sampai operator kena jawab. Yang paling teruk kena jawab adalah penyelia sebab kami orang tengah antara pihak atasan dengan operator. Kami stress sampai jatuh sakit. Ramai teman2 sejawat nampak jauh lebih tua dari usia sebenar, termasuklah saya pada masa tu. Saya beruban! Muda2 dah ada darah tinggi dan macam2 penyakit. Lihat macam mana stress merosakkan hidup? Bila saya berhenti kerja di kilang, hidup saya perlahan2 berubah. Tangani stress, dan bagi saya secara peribadi, solat adalah penawar terbaik.

#5 -Tidur


Kajian membuktikan, tidur yang nyenyak dan berkualiti ( bukan tidur lama2 ya) membantu tubuh badan kita untuk membaikpulih 'kerosakan' dan re-charge tubuh kita. Tidur yang nyenyak juga boleh membantu memulihkan masalah mental dan emosi. Saya bila tertekan, antara cara nak stabilkan minda, saya tidur! Kalau selalu kurang tidur, jangan terkejut jika berat badan anda naik ya!

No comments:

Post a Comment