Thursday 11 December 2014

Dearest Mama

assalamualaikum..

Antara sedar dan tidak, sudah hampir empat bulan saya bekerja dengan bapa mertua saya di pusat haemodialisis milik beliau. kadangkala rindu menjadi surirumah semula, sementelahan setelah berpindah ke rumah sendiri. selama 3 tahun tinggal serumah dengan mertua sememangnya satu pengalaman yang indah, melihat cara emak mertua saya menguruskan suami dan anak-anak walaupun beliau sangat sibuk di klinik dan pusat estetik beliau. Pada masa yang sama beliau sangat pandai menjaga diri dan kekal anggun pada usia 50an. Tidak keterlaluan saya katakan, beliau idola saya. 

dearest mama

Mengenali Nu Skin melalui beliau, telah membuka lembaran baru dalam kehidupan saya. Jika sebelum ini saya gila kerja, sanggup bersengkang mata tanpa tidur yang teratur, kini saya lebih bersederhana. Saya lebih sayang diri sendiri. saya menjaga makan minum dan tidur saya. Senang cerita, saya mahu secantik dan sesihat emak mertua saya bila saya 50an nanti!In Sha Allah. Yang paling penting, saya mahu suami saya kekal menyayangi saya walaupun usia perkahwinan kami pada masa itu sudah lebih 30 tahun! :)


Nu Skin. The difference. Demonstrated.






No comments:

Post a Comment