Thursday 11 December 2014

Walk the talk

assalamualaikum....

Saya selalu berjumpa dengan ramai wanita bekeluarga yang menyatakan mereka ingin menjadi wanita berjaya. Mereka mahu kebebasan kewangan dan tidak mengharapkan suami 100% untuk mendapatkan apa yang mereka ingini. Mereka begitu bersemangat apabila bercerita tentang pelbagai keinginan mereka. Andai mereka ada itu..andai mereka ada ini....tetapi apabila saya mengajak mereka mengambil tindakan untuk memperbaiki keadaan masa kini mereka, pelbagai alasan mula dikeluarkan dari mulut yang sama bercerita tentang itu dan ini sebentar tadi. Mereka bertukar menjadi negatif serta merta. Saya tidak boleh salahkan mereka 100%, kejayaan bukannya mudah, malah menuntut 1000 macam pengorbanan. Menuntut keringat dan usaha. belum lagi termasuk wang ringgit dan masa. 



Saya pasti bagi mereka yang selalu mengikuti program2 kejayaan, akan terbiasa dengan perkataan motivasi. Ya, manusia berjaya memerlukan motivasi. Kita sukar untuk berjaya mengubah sesuatu keadaan (selain dengan izin Allah) tanpa motivasi. Semangat juang kita akan mudah luntur dibadai dugaan. Pilih perkara atau orang yang boleh memotivasikan anda, seperti anak2 atau ibubapa. perkara yang boleh membuatkan anda  bangun tiapkali anda terjatuh. 

Saya mengambil masa yang panjang ( 2 tahun) untuk memahami sistem Nu Skin, untuk memahami kebaikan perniagaan bersistem berbanding perniagaan tradisional. This is 21st century business, kata Robert T. Kiyosaki. Kita bermula dari bawah, keluar sedikit modal tetapi kita tidak risau akan bisnes melingkup kerana sistemnya telah ada untuk diusahakan. Motivasi saya ialah ibu saya dan keluarga kecil saya; Sofia dan Arif.



Kenapa kita takut untuk berjaya? Mengapa perlu takut menjadi kaya? ada yang kata takut nanti menjadi riak dan lupa diri. Come on. Masa tidak berapa kaya pun ada masa awak ter 'riak' juga. Awak post juga pelbagai gambar rumah dan kereta awak. apa beza riak semasa awak tidak 'berapa' kaya dan semasa awak kaya? Dosanya tetap sama. Renungkanlah, sama ada kita kaya berjaya atau miskin kedana, kita tetap tidak boleh riak. Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah pun perasaan riak. 


Stop giving excuses, just walk the talk. 





No comments:

Post a Comment